Sunday, 25 November 2012

Dating dengan H


Chewahh!!! Aku baru saja balik dating dengan H tadi...dating katanya...hahahaha..Padahal keluar makan aje tadi. 

Baru saja lepas mandi tadi, tiba-tiba henpon berbunyi. Check tengok ada mesej dari H. Terus berbunga-bunga hati. Dia ajak makan kat luar. Tak banyak soal aku jawab onn je. Peluang dapat keluar bersama tak kan nak tolak kot...hahahaha

Dia ni memang jenis kuat makan. Tapi badan tak naik pun aku tengok. Sedang elok aje. Makan pulak tak memilih. Bedal semua. Tak macam aku, makan kena beringat, minum kena bersukat. Nak jaga badan punya pasal. Baru lah sepadan dengan H...hahahahaha..berangan lebih je aku...

Seperti biasa, kalau keluar mesti naik kereta dia. Aku pula mana mampu nak beli kereta lagi. Kira betul la tu kan...Boyfriend la yang kena bawak kereta...

Lama juga la keluar makan dengan H tadi...sambil layan tengok bola, Malaysia lawan Singapore..Aku pun buat-buat la minat tengok bola.. Padahal bola lain yang aku tengok..hahahaha, gatal giler aku ni...Jangan pikir bukan-bukan ye...tak nampak pun sebenarnya.

Time sedap-sedap tengah borak dengan H lepas makan tadi, ada la 1 couple baru masuk kat gerai. Yang perempuan tu muka pun ala-ala aje. Yang lelaki tu pulak dah macam muka orang pecah rumah..elok sangat la tu...Menggedik sial perempuan tu...Naik meluat aku tengok. Cakap saja meleret-leret. Siap lentok-lentok macam orang patah tengkuk. Yang buat aku lagi menyampah, mata perempuan tak habis-habis jeling ke arah aku dengan H...tahu la balak kau tu tak de rupa.

Kadang-kadang aku berangan jugak la. Alangkah bagusnya kalau aku dapat couple dengan H. Jujur aku cakap, before ni aku mana pernah ada pengalaman couple lelaki, apatah lagi dengan perempuan. Cemburu juga tengok pasangan yang bahagia dating sana sini....Teringin nak bermanja dengan mana-mana lelaki...hmmm..

Setiap kali keluar dengan H ni, aku cukup risau kalau aku tak dapat nak kawal diri. Cukup seksa aku pendam perasaan ni. Agak-agak kalau H dapat tahu yang aku ni gay dan minat pulak dekat dia. Macam mana penerimaan dia nanti. Aku tak nak la hubungan yang OK sekarang ni jadi KO pulak lepas dia dapat tahu...

Sebab tu aku simpan sorang-sorang saja perasaan ni. Dapat minat dia dalam hati pun sudah cukup bahagia buat aku...

Ni aku senyap-senyap curi gambar H daripada FB dia...untuk simpanan peribadi. In case kalau rindu tiba-tiba nanti....hehehehe...



No comments:

Post a Comment

Followers

World Clock