Sunday, 25 November 2012

Kawan baru yang hensem...

Ni lah kesan nya bila tido lewat...dah masuk waktu Zuhur baru bangun..Hahahahah...biasa la hari cuti. Time ni la aku nak qada' balik waktu tidur yang tak cukup sebelum ni. Esok dah nak kena ke Kuantan, ada kursus  3 hari sampai Rabu..next week memang agak busy. Itu belum lagi nak kena buat laporan akhir tahun unit...huarghhh!!!!

Ok..pasal kerja tolak tepi dulu..hehehe..aku nak cerita sikit pasal member baru yang aku kenal kat sini. Aku pernah bagitau yang aku jenis susah nak buat kawan dengan orang terutamanya lelaki..Mula-mula masuk kerja kat sini agak lonely la jugak..mana2 pergi pun sorang2 je. Tapi aku x kesah, lebih selesa macam tu.

Budak ni baru macam aku juga kat hospital ni. Cuma dia lapor diri lewat sikit dari aku. Biar aku gelar budak ni sebagai H sahaja...H ni muda lagi, baru nak masuk 21..Muka memang tip top habis. Hensem siot..badan pulak sedang-sedang macam pemain rugby. Fisrt time nampak dia time aku nak jumpa pengarah kat bilik dia. H masa tu tengah ditemu-ramah oleh pengarah. Biasa la staff baru, aku mula-mula masuk dulu pun kena menghadap pengarah hospital untuk ditemu bual...Sesi suai kenal katanya...

sedap kalau dapat peluk ni
Ok..dalam hati aku time tu terus target budak ni..Tapi aku buat-buat tak nampak aje dia sebab ada benda lagi penting aku nak cakap dengan pengarah masa tu. Dan memang rezeki aku kot nak usya H lama-lama...pengarah jenis banyak membebel. Satu aku cakap, panjang berjela dia bagi komen. Bukan dengar pun orang tua tu mencarut apa. Aku lebih concentrate jeling budak tu....gatal gila kan...hahahaha..

intai menerusi cermin bilik aku kalau-kalau H lalu
Agak lama jugak lepas dari pertemuan pertama tu aku tak terserempak dengan H. Aku pun busy dengan kerja. Hati teringin juga nak usya lagi dia....Tapi bila pikir balik. Aku tak nak la nampak sangat jalangnya...Terhegeh-hegeh lalu lalang depan office pentadbiran semata-mata nak tengok muka hensem si H..sorry aku bukan desperate sangat ye...

Nak dijadikan cerita lepas aje raya haji, entah macam mana aku boleh rapat dengan H..asalnya dia datang kat unit aku..nak buat inspection katanya (memang rutin kerja dia buat inspection kat setiap unit)...Pastu aku pun ambik la peluang yang ada tu borak-borak dengan dia...Rupanya H ni peramah orangnya. Senang diajak berbual...aku ingat kalau orang hot macam dia ni sombong sikit...Tapi H ni sangat baik dan tak menyombong..Petang tu lepas habis waktu kerja, dia ajak minum kat kafe..Bosan menghadap kerja katanya..Aku apa lagi, sepantas kilat la setuju...



So sampai sekarang la kami berkawan...kadang-kadang keluar gi makan sama-sama...setiap kali bersama dengan H, aku memang tak boleh tahan. Mata mesti nak menjelajah pelusuk tubuh mamat ni. Pada pandangan aku, H ni mungkin straight..tapi tak tahu la..kalau gay, ok jugak kan...hahahaha....

Mak aihhhh..petang2 macam ni buat aku mengantuk...dah la tadi baru lepas keluar makan dengan H...zzzzzzzzzzzz....sambung tido.




No comments:

Post a Comment

Followers

World Clock