Tuesday, 27 November 2012

Kelass kau!!!!

Dengan gigihnya aku buat entry untuk hari ni walaupun penat baru sampai dari Kuantan tak hilang lagi...komited sangatla  katanya...hahaha..

Niat sebenar tadi just nak bukak Fesbuk je sebab dah 2 hari tak jenguk-jenguk kat situ...walaupun aku ni tak la femes mana kat fesbuk, tapi tetap juga mengharap ada yang komen-komen ke, like-like ke gambar aku kat fesbuk tu..bajet hot katanya...(mohon ada yang terasa)..huahahahaha

Tengah dok kusyuk baca status kawan-kawan, ada satu benda yang menarik perhatian aku..

Member baik aku time sekolah menengah dulu dah ada boyfriend sekarang...bukan calang-calang orang dia dapat. Mat salleh tu...kelasss kau jahh!!!...aku salute habis la kat hang..

Tindakan yang agak berani bila dia upload gambar-gambar mesra dengan mat salleh tu. Aku bukan nya nak jeles atau apa. Cuma risau dengan pandangan orang lain yang tengok jugak gambar tu..in case kalau family dia dapat tahu ke...tak ke pecah lobang nanti...

Aku ada la warning kat dia..then dia balas, "aku dah penat jadi hipokrit, tipu diri sendiri..terpaksa berlakon depan semua orang...in fact, i'm not happy about it...aku nak juga rasa bahagia dengan jalan hidup yang aku sendiri pilih.."


Speechless aku bila dia cakap macam tu..ada betulnya jugak..tapi entah la. Aku sendiri tak tau nak komen apa. Dia sendiri dah buat keputusan macam tu.

Aku cuma dapat tumpang gembira bila tengok kebahagiaan yang dia kecapi sekarang. Aku dah lama kenal dia. Sama-sama dicaci dihina dulu. He deserve what he get now...



Aku bila lagi...oppppsss..hahahah...tiba-tiba rindu kat H...dah 2 hari tak jumpa dia...

2 comments:

  1. orang kuantan rupanya..
    serupalah kita..

    haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak la...aku asal perak...kerja kat pahang...kuantan tu pergi kursus sebenarnya....

      btw..selamat berkenalan bro...: )

      Delete

Followers

World Clock