Wednesday, 14 November 2012

Permulaan baru....

Kindaichi Kid start a new life....


Actually aku dah ada satu blog before ni. Dah agak lama x update kat blog tu sampai lupa password apa semua. Tetibe baru-baru ni aku macam teringin nak start blogging balik. Kali ni aku nak buat secara private sikit. Aku tak mau dedahkan identiti sebenar aku. Bukan berlagak poyo atau apa. Cuma aku lebih selesa macam ni. Mudah untuk aku share segala benda tanpa perlu rasa malu kalau orang lain tahu.

 Aku open untuk sesiapa yang sudi nak singgah kat blog aku. Dan boleh juga kalau nak bagi komen2 membina. Kalau nak kutuk2 tu pon aku x kisah. Mulut orang kan, bukan boleh nak dikawal. Agak2 kalau yang melampau tu aku delete je terus.

Mengenai diri aku, aku hanya boleh cakap yang aku ni simple aje orang nye. Muka pon biasa-biasa. Dan aku mengaku yang aku mempunyai perasaan terhadap lelaki...atau bahasa yang lebih mudah gay.....

Selama hampir 10 tahun aku pendam rahsia ni sorang2. Memang penat bilamana terpaksa berlakon straight depan family dan kawan-kawan. Tapi inilah hakikat yang aku terpaksa lalui. Aku belum cukup kuat utk open kat semua mengenai sisi hitam aku. Dan aku yakin mak dan abah pasti sedih kalau dapat tahu anak mereka jadi begini.....

Hmmmm....umur pon dah mencecah 23 tahun. Alhamdulillah  baru aje start kerja kat hospital di Pahang (x bleh bagitau nama hospital, takut ada yg dapat kenal nnti). Kerjaya pon dah ok so far. Sekarang masa untuk aku cari kebahagiaan aku sendiri....

Wokey...cukup kot sampai sini...chow...



Masih jauh lagi perjalanan yg perlu aku tempuhi....



No comments:

Post a Comment

Followers

World Clock