Thursday, 6 December 2012

Aku merajuk???....poyo giler...

Poyo giler aku rasa..hahahaha...entah macam mana hari ni boleh pulak merajuk dengan boyfriend...oppss bukan boyfriend, merajuk dengan H sebenarnya...

Cerita dia macam ni, lepas aje habis kerja tadi aku mesej la H nak ajak dia minum. Bukan kami berdua aje. Ada lagi member-member lain. Tapi dorang semua dah pergi dulu, tunggu kat gerai....

Asalnya nak pergi kuar jalan-jalan kat satu tempat ni...Tapi last minute cancel..Tu yang ubah plan just nak keluar minum aje...

H masa tu tengah ada kerja lagi..dia balas mesej suruh tunggu dia kejap..dah settle dia roger balik katanya...aku pun tunggu je la kat office aku dulu..demi orang tersayang la katakan...muahahahaha....

tunggu punya tunggu...nak dekat sejam jugak la...aku malas la nak mesej or call dia...tak nak ganggu dia tengah kerja...

lepas tu tengah dok kemas meja apa semua dapat mesej dari H...." eh kau pergi dulu la, aku may be x jadi join rasanya......"

Baca aje mesej dia bagi tu, aku terus rasa macam...entah la tak tau nak cakap..

Nak kata aku marah pun ada jugak...ye la kalau dah tak boleh pergi tu, gitau la awal2...kalau tidak, boleh aku tumpang member lain tadi pergi gerai tu...aku dah la x de transport lagi sekarang..berharap dapat naik kereta dia la tadi...last2 dia pulak x jadi pergi...

Tapi aku tak sampai hati pulak nak simpan perasaan marah kat dia...mana boleh woo ada rasa marah kat orang yang kita sayang...muahahaha...cuma aku rasa terkilan sikit...aku punya la excited tadi...walaupun just keluar minum aje, janji keluar dia..dah cukup buat aku bahagia..sudahnya benda x jadi...mana tak hancur berkecai perasaan aku....(bila pikir balik macam nak muntah pun ada kan)...muahahahaha

lepas tu aku terus mesej sorang member aku ni yang dah ada kat gerai tu cakap yang aku tak jadi pergi munum....aku bagi alasan yang aku  penat dan rasa nak tido...

Tup tup bila aku tengah landing sedap sambil melayan hati yang lara ni, H hantar mesej...aku teragak-agak juga nak baca mesej dia hantar...mungkin aku lambat sangat balas, dia terus call...

Dia tanya aku kat mana...dia dah on the way nak ke gerai tu...so, aku nak kata apa lagi..

" x pe la aku tengah tido ni, mengantuk sangat...kau pergi je la..."  * dengan nada dingin *

Jadi pergi pulak mamat ni...bengang aku...

Kesimpulannya...aku memang tengah merajuk dengan H sekarang...sekian, k bye......




2 comments:

  1. Sometime, things like this will always happen in a relationship or even before start into relationship but you must make sure you always understand him. Yes, angry must be there but only for a while, don't carry the urge. Voice out if anything that make you feel not happy with him.

    sometime, communicate each other is the better to clear things out :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for the advice patrick...:)

      btw our relationship is quite complicated...that's why it really difficult to understand him...;(

      Delete

Followers

World Clock