Saturday, 1 December 2012

Terkenang first crush....auwwww...

bila gaji nak masuk????
1 December 2012...kejap aje masa berlalu..pejam celik pejam celik dah nak sampai hujung tahun.. Dalam tak sedar dah 2 bulan aku kerja kat tempat baru ni...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..dari segi kerja pun dah makin cekap....dah boleh sesuaikan diri dengan environment kat sini..Cuma yang tak bestnya, gaji tak masuk lagi...huahhhhhh!!!!

Terseksa jiwa dan raga nak tunggu gaji masuk...merana habis hidup aku 2 bulan ni kena ikat perut sikit..(ye la sangat, padahal belanja bukan main lagi)...Ok stop pasal tu..Entry kali ni aku bukan nak bebel-bebel pasal gaji x masuk ke apa...hahahaha...

Aku sure sangat-sangat semua orang yang pernah couple, sedang couple, mahupun yang dah kahwin ataupun bertunang...mesti pernah ada 1st crush kan???

Bohong la kalau cakap tak ada....tak kira la gay, lesbian atau yang straight..aku pun ada la jugak dulu..heheheh...Tengah bosan2 tak buat apa-apa ni...Entah macam mana boleh teringat balik 1st crush aku..masa tu aku tengah belajar kat U lagi...U mana, tak perlu lah aku beritahu...


Aku gelar dia sebagai A...dia ni senior kat kolej kediaman aku menginap..Kalau tengok muka, x de lah hensem sangat or kacak membunuh...tapi dia punya personaliti yang buat aku tertarik..Baik sangat-sangat...sampaikan satu kolej tu kenal dan respect kat dia...lagipun dia ada pegang jawatan penting kat kolej tu...

Aku boleh rapat dengan dia pun sebab jadi ahli satu persatuan kat kolej..dan dia sebagai pengerusinya...Mula-mula aku ingat dia jenis strict tau..kalau tengok muka macam serius aje selalu...tapi bila dah lama kenal..memang gila-gila orangnya..

Pada awalnya aku just kawan macam biasa aje dengan A....selalu lepak2 kat gerai makan dengan yang lain...selalu jugak keluar jalan-jalan, tengok wayang, karoke  sama-sama....kami selalu keluar satu kumpulan..kiranya satu geng la...Pastu dalam geng kami ni pun ada jugak 2,3 orang perempuan yang minat kat dia...

Entah macam mana bila dah lama kenal tu, layanan A kat aku lain macam sikit...dia makin berani peluk-peluk aku...even masa keluar jalan-jalan kat mall...bila duduk sebelah dia kat dalam LRT, dia selalu lentok kepala kat bahu aku...

Mula-mula aku rasa kekok la jugak..may be bagi dia benda macam biasa...tapi bagi aku yang ada perasaan terhadap lelaki ni, bila tiap kali dia peluk2 atau letak tangan kat pinggang aku..aku rasa lain macam..korang pon boleh faham kan...apa korang rasa bila ada lelaki buat macam tu kat korang...lebih-lebih lagi yang hensem...

Bagi lelaki straight mungkin benda ni normal la kan...tak rasa apa2...lama-kelamaan aku makin suka bila A buat macam tu...dalam diam hati aku jatuh suka kat dia...tapi aku pendam aje..tak berani nak luahkan..gila kau..tak ke buang tebiat nak luahkan perasaan kat lelaki...lagipun ada sorang kawan perempuan aku ni minat kat dia jugak...dah banyak kali dia bagi hint kat A...tapi A tak pernah nak layan....

Kadang-kadang tu aku harapkan sangat yang si A ni pun gay jugak macam aku...then bila aku nampak dia rapat dengan mana-mana perempuan aku jadi cemburu....

Kenangan paling manis yang tak akan aku lupakan sampai mati bilamana dia cium pipi aku...hah nak tau macam mana dia tiba-tiba boleh cium aku..heheheheh...nanti la lain kali aku cerita...biar suprise sikit...sekarang aku nak sambung layan blue tengah-tengah hujan ni...








No comments:

Post a Comment

Followers

World Clock