Thursday, 27 June 2013

Aku Sepi....

Bukan nak raih simpati sapa-sapa...

Atau jauh sekali nak mengharap seorang teman jatuh dari langit secara tiba-tiba lalu mendampingi aku...mengasihi aku...menyayangi aku..

just want to share my feeling right now...

Yeah i feel lonely...

Kesunyian....

Kenapa aku tiba-tiba meroyan segala ni...serius cakap nak nangis pun ada...

Stop it!!!!!!

Padahnya bila tengok gambar kawan-kawan yang dah berkawin...dan dan tu rasa rendah diri sangat-sangat...

kenapa dorang semua mudah mencapai kebahagiaan...aku dok terkial-kial lagi mencari arah tujuan...

Agaknya ini dosa yang perlu aku tanggung sebab jadi begini...jadi seorang homoseksual...ada perasaan terhadap lelaki...is that wrong i have this feeling????

if i have chance...i dont want to be like this....sangat menyakitkan...every time acting like a normal person in front of fren n family...

................

untuk H...aku tau sampai bila-bila pun kau dan aku tak kan dapat bersatu..hukum alam dah menyatakan...lelaki untuk perempuan sahaja..

tahniah untuk kau.....aku doakan kau dan dia bahagia hingga ke akhir hayat...

Sorry aku tak akan pergi majlis tu nanti....

It sucks when you know that you need to let go
but you can't because
you're still waiting for the
impossible to happen...

Good bye sayang.......................



Monday, 24 June 2013

Tips aku jaga kulit muka....


Semalam masa lepak minum dengan member-member lepas kerja, kami ada sembang pasal topik penjagaan kulit. Member sorang ni mengadu pasal kulit muka dia yang memang tak dapat nak dibezakan dengan permukaan bulan.

Orang dia nak kata buruk, tak la terlalu hodoh untuk dikategorikan. Nak letak kat golongan cantik jelita menawan, tak jugak. Sedang-sedang je. Manis tu ada la.

Cuma problem dia adalah jerawat kat muka dia. Memang kalau pandang dari jauh…tak berapa nak perasan. Kalau dok depan dia, jelas ya amat kawah gunung berapi yang terbentuk…*sorry akak, x de niat nak kutuk….hehehehehe

Kesian kat dia. Dah la bujang lagi. Kata dia sebab utama lelaki tak mau dekat dengan dia adalah kulit muka dia yang berjerawat teruk. Sadis hidup kau kak….

Aku pun dengan rasa penuh belas kasihan share la apa yang aku amalkan…aku tak kata yang kulit aku ni licin cantik halus mulus bak bidadari kayangan atau apa…tapi ok la sikit…hahahahaha…

      Tomato

Yang ni aku kerap buat. Hampir setiap malam sebelum tido. Tomato yang bulat tu aku belah dua. Then letak sedikit gula atau madu lagi bagus. Biasa aku guna madu sebab banyak stok madu aku beli. Pastu sapu kat muka. Just guna sebelah aje. Lagi sebelah boleh guna untuk hari esoknya. Biar kering dalam setengah jam. Kemudian dah boleh cuci muka macam biasa. Better lagi kalau nak cuci kesan tomato tu guna air suam.

Lagi satu aku rajin makan buah tomato ceri yg kecik-kecik tu. Tomato ni banyak khasiat dia. Kalau rasa-rasa nak kulit cantik boleh la try. Kantoi muka kau buruk kan…lepas ni pakat dok sorong raga pi pasar borong tomato berkilo-kilo. Moga-moga muka bertukar jelita macam Nora Danish. Kembung la perut dok hadap tomato hari-hari….

    Putih telur

Guna putih telur buat masker ni ramai yang dah tau kan. Aku selalu jugak buat. Agak-agak kalau tomato dah habis kat peti ais tu, aku guna putih telur pulak. Tapi memang at least seminggu sekali aku akan buat. Kalau telur orang tak boleh ye..itu hanya untuk santapan dikala kegersangan sahaja…

      Oat

Yang ni aku baru try last week lepas baca kat satu blog ni. Perempuan tu share khasiat oat kepada kulit muka. Aku tengok cara dia pun simple je. Lagipun aku memang berlambak stok oat yang tak makan dalam kabinet dapur tu. Konon nak diet makan oat je hari-hari. Last2 haram…diet kemana oat kemana…tekak aku tak dapat nak terima makan oat pagi-pagi. Perut Melayu…tak sah kalau tak membaham nasi lemak sepinggan, tak pun roti canai…

Kaedahnya sama je. Kita buat masker guna oat. Just tambah je air suam kat oat tu. Pastu kalau nak lagi best letak sikit madu. Last sekali korang tempek-tempek je la kat muka…Nak lagi berkesan tuang je terus atas kepala…ambik kau..nak sangat..hahaha..errr gurau je…

Itu je la apa yang aku dok amalkan. Nak buat facial treatment kat salon tak mampu lorh. Kita guna sumber-sumber natural yang sgt mudah nak dapat. Jimat duit kat situ ye dak. Kau tak payah la nak berangan guna produk mahal-mahal. Kebanyakan produk untuk kulit sekarang banyak mengandungi bahan kimia. Nanti muka je cantik, tapi dalaman banyak yang rosak. Tara guna juga ya…

Housemate aku pun dah terikut-ikut apa yang aku buat. Hari tu la, dia tengok muka aku yang penuh bertempek-tempek oat..dia pelik pastu tanya aku pakai apa….

Btw dia ni Chinese…muka memang dah putih bersih….aku cakap kat dia tak payah nak sibuk-sibuk buat..pastu dia balas..

“Owh I pun nak kulit cantik macam kamu, mintak sikit oat ye..hehehehe”

Motif sangat doktor ni…tapi aku tengok kejap je dia buat…pastu stop sebab tak de masa katanya…hari tu beria-ria…cheittt…




 Err betul ke aku dengar air mani pun boleh
licin kan kulit muka????

Sunday, 23 June 2013

Abang!!! Abang!!! Abang!!!!


Perut bapak kenyang gila....mata pun macam nak lena aje rasanya..

Bahana menkedarah roti telur dengan nasi goreng time breakfast pagi tadi...mati la  makin membadak la aku nampak gayanya...*ini semua salah member aku*

Konon minggu tanpa nasi. Cheitt hangat-hangat taik ayam...okey next week lah..hakhakhak...payah kalau ada kawan buruk lantak ni...dengan kita-kita sekali terpedaya dengan nafsu king kong dia..

Okeyyyy....pagi tadi masa aku on the way nak ke tempat kerja ada benda jadi...aku dah perasan dari dulu lagi. Tapi tak berapa nak pasti. So pagi tadi memang confirm sudah terang lagi nyata...


Macam ni..setiap pagi seperti biasa aku akan jalan kaki ke hospital...jarak kuarters dengan hospital setakat sekangkang kera je...memandangkan aku pun tak de transport lagi...dengan happy ceria riang ria aku jalan slow-slow ke tempat kerja walaupun time tu dah nak dekat pukul 8 pagi...

Jalan nak ke hospital dari blok kuarters yang aku duduk mesti akan melalui satu pusat taska...Taska ni tak semestinya staff hospital je yang hantar anak-anak dorang..aku perasan orang luar ada jugak..

So memang setiap hari la pergi balik aku akan lalu depan Taska ni..

Nak dibuat cerita pagi ni aku pakai baju kaler pink yang agak menyerlah...*baru beli okeyhhh*


Tengah dok jalan sambil mengunyah sebijik buah epal hijau...aku dengar....

"Eh dia pakai baju pink la..."

"Mana budak tu...mana.."

"Tu yang baru lalu tu..."

Aku stop...tapi dah lepas depan sikit dari Taska tu...sengih-sengih...hehehehehehe...

Dalam hati aku dah bangga...berbunga-bunga...

Sebenarnya dari dulu lagi aku dah perasan...asal setiap kali aku lalu depan Taska tu je mesti aku dengar suara perempuan bising-bising...eh dia lalu la...eh dia baru lalu...eh dia pakai baju kaler....

Pastu aku terus la jalan dengan gaya kontrol macho nya..aku perasan yang dorang usya aku dari jauh...then aku dengar dengan jelasnya...

"Abang!!! abang!!!! abang!!!!....ada orang panggil ni"

Omaigod......dan dan tu lagi laju aku gerak...entah kenapa aku rasa macam segan la pulak..

Dah kau kenapa meroyan sampai jerit-jerit macam tu..memang aku dah tak toleh belakang...

Pap pap pap pap pap....kasut aku jenis yang bunyi agak kuat kalau berjalan..memang orang akan dapat tau kehadiran aku bila dengar bunyi tapak kasut...dah jadi trademark...*ramai yang cakap aku jalan cara orang malas, hentak kaki kuat-kuat*

errkkk.....

Time tu jugak aku hampir terlanggar sorang nurse yang entah muncul dari mana...gedebuk!!!!!

Ambik kau!!!!!!

Aku terlanggar pintu....

Hampeh..siot malu gilerrr....

Aku dah tak tengok muka nurse yang aku hampir nak langgar tu...buat muka bodo thumb print, pastu lari laju-laju naik lift...

Malang betoiii pagi tadi....kawan aku boleh gelak macam setan bila aku cerita kat dia....sakit hati...nak aje aku sumbat pinggan kat mulut dia...

Kesimpulannya...jangan nak gelabah tak ketahuan hala bila perempuan panggil kita....k bye....



Tobat aku tak nak lalu kat depan Taska tu lagi 
eh jap...
dah tu aku nak lalu ikut mana???







Thursday, 20 June 2013

Tak Mau Pi!!!!



Benci!!!!!!!!!!!!!!!

Tak suka!!!!!!!!!!!!

Pengarah macam hampeh la.

Tadi dapat surat jemputan Kursus Bina Insan & Jati Diri kat Besut, Terengganu. Aku paling tak suka pi kursus yang jenis macam ni. Bina jati diri la, kerohanian la..ala-ala meningkatkan motivasi diri la…tak suka!!!!

Call PT bahagian latihan tadi, nak mintak tukar orang lain. Dia cakap dia tak boleh suka hati buat keputusan tukar orang lain sebab bos yang calonkan nama aku.

What the fuck!!!!!!!

Orang tua tu punya angkara rupanya.

Bos ingat aku tak cukup jati diri ke. Tak cukup membina lagi insaniah aku. Menyampahnya…..Dah la 3 hari. Confirm la banyak kerja aku tertangguh nanti. Dah la next month ada audit NIA/KPI dari juruaudit luar. Mana aku nak kejar dengan benda tu lagi. Dengan nak kejar vendor la…analyzer dok selalu breakdown la…arghhh serabut aku.

Okey…aku nekad nak call pengarah minta tukar orang lain. Orang tua tu hari ni happy-happy bahagia dapat amik APC kat Kuantan. Tak kira aku nak mintak calonkan orang lain.

Yang lagi azabnya, maybe driver yang hantar aku nanti tu pun kena turut serta jugak dalam kursus tu. Ini memang bala. Semua pemandu hospital ni perangai macam harammmmm…..

Sekor pun aku tak kenal. Jauh sekali nak tegur. Jauh jauh jauh sekali kamceng gelak-gelak gesel-gesel bahu tepuk tampar huhahuhahuha segala.

Aku dapat bayangkan betapa seksanya perjalanan ke tempat kursus tu nanti. Pasti la aku tak kan borak-borak mesra dengan driver. Diam macam patung cendana. Aku jenis berat mulut. Lagi-lagi dengan orang yang aku tak kenal.

By the way aku dengar ada sorang tu muka agak menyelerakan. Owh no..nehi nehi…hensem pun kalau perangai mengalahkan ungka buat apa. Mostly driver kaki hisap. Itu lagi buat aku gerun kecut perut.

Dan selalunya kalau perjalanan jauh akan ada 2 driver. Mati la aku. Kalau dua-dua macam hantu. Dibuatnya dorang pakat rogol aku kat tengah hutan nanti…*tudia imginasi melangkau alam semesta*…but who knows…aku kan gojes..hakhakhakhak….

Bos ni pun satu la. Kalau suruh aku pi kursus yang ada kaitan dengan bidang kerja aku tak pa la jugak. Cheq tak kesah. Ni kursus yang ntah apa2.

Allergic aku dengan kursus-kursus macam ni.

Hari tu pun sebab terpaksa je kena pi Kursus Transformasi Minda aka Induksi. Memang requirement untuk pengesahan perkhidmatan nanti.

Minda aku dah cukup transform. So aku rasa tak payah la nak kena pi lagi kursus-kursus buang masa ni….FULL STOP……………………………………



Baru semalam je berjimba-jimba tengok Man Of Steel…
kau sangat kacak la Superman…
Hari ni dah tak de mood…
Spoil betul…


Tuesday, 18 June 2013

Lelaki Kelantan Memang Kacak....

Wowww...pagi-pagi je dah ada santapan menarik terhidang depan mata.

Jangan pikiaq bukan-bukan...tak de aktiviti tak bermoral yang berlaku...aku masih lagi menjaga adab tatasusila sebagai jejak timur...

Ha ha ha ha ha ha....aku tengah kusyuk belek fail kehadiran staff tadi, ada la sorang mamat apa ntah nama dia bagi salam.

Dan...aku terpana terkasima terpukau terrrr....semua la yang menggambarkan betapa kacak tahap membunuh lelaki yang bagi salam tu.

Aku dengan sopan dan kontrol macho tanya nak apa datang lab awal-awal pagi ni.

Owh IK rupanya dia ni. kalau tak tau IK...IK tu inspektor kesihatan...dia datang nak jumpa MLT yang handle bahagia Malaria.

Okey x de kaitan dengan aku. So aku sekadar dengar je la dorang tengah discuss apa. Dan...aku curi-curi pandang tengok muka dia.

Wowwww wowww wowww...tinggi, tough, muka putih licin...tak de sekelumit jerawat. Hatta parut jerawat sekalipun tidak kelihatan.



Kagum + tergoda....

Dan...dia orang KELANTAN.

Patut la muka molek benar. So memang tak dinafikan yang orang-orang dari Pantai Timur segak-segak belaka. Yang mana aku kenal sejak zaman kat PLKN lagi, baik lelaki mahupun perempuan...mostly berwajah tidak mengecewakan.

Staff hospital tempat aku kerja jugak ramai yang berasal dari Kelantan.

Hari-hari cuci mata la aku. Meriah sangat. Ha ha ha ha ha.....sedihnya hampir kesemua dah jadi laki orang. Melepas....

Paling aku suka bila petang-petang balik keje mengendap staff-staff lelaki main futsal kat depan blok kuarters. Orang-orang Kelantan ni muka cerah. Aku suka tengok dorang main pakai short. Dapat tengok betis-betis gagah yang putih. Geram rasanya...jalangnya kau!!!


Lagi syok bila ada yang shirt off...omo..oh my god...tergugat keimanan dan ketaqwaan...

Tapi parents aku tak kasi kawin dengan perempuan Kelantan. Sebabnya mak kata susah nanti. Jauh la...balik raya nanti kena selalu balik sana la...errrrr...kalau camtu orang kawin dengan lelaki kelantan boley mak????

Pitam mak aku kalau aku tanya macam tu. Mau kena sebat keliling kampung dengan abah 7 hari 7 malam.

But seriuosly aku sangat sangat sangat sangat sangat adore jejaka Kelantan... *impian berboyfrenkan mamat Kelantan* ~ aminnnnnnn 

Agak-agak apa yang para ibu di Negerei Kelantan makan masa mengandungkan anak mereka ya?????





Technician kacak ada datang hari ni nak buat maintenance satu analyzer kat makmal
yuhuuu...aku nak ajak dia kuar lunch sama la nanti...
~feeling good~











Monday, 17 June 2013

Lelaki rendah, konek kecik????

Babi betoiii member aku sorang ni. Semenjak dah bertunang miang dia bukan main. Makin gatai meghela

Petang semalam lepas keje, keluar minum ngan member2 kat mamak. Asalnya aku tak mau. Nak jogging kalau ikut. Tapi bila tengok cuaca pun tak mengizinkan. Aku cancel nak pi jogging. Sudahnya melantak lagi mee goreng mamak petang semalam...matila badan makin membadak....

Member perempuan aku yang baru bertunang last week tiba-tiba cakap yang dia takut nak kawin. Aku tanya la apehal kau tiba-tiba keluar statement macam tu. 

Dia jawab gerun nak ehem ehem malam pertama. Dia syak konek tunang dia besar sebab badan tunang dia besar tinggi. 

What the hell!!!!!!!!

Bodo punya statement...memang kena gelak kaw kaw la dengan kami yang lain masa tu.

Aku tanya balik. Bukan lagi best kalau saiz besar. Kejadahnya nak risau pasal tu. Then yang buat aku macam nak hempuk je muka member aku tu dengan meja bila dia tanya soalan paling bangang kat aku.

"Wei hang punya mesti kecik kan..sebab hang pun kecik.."

Pundek.....mangkuk ayun betoi...

Aku dengan lantangnya jawab. Demi tak menjatuhkan ego seorang lelaki. Hangpa nak try tengok ka?????

Nak aje aku bukak zip seluar bogel depan dorang. Kot ada yang mengigau malam nanti. Hakhakhak...

Yang lain bukan nya nak support aku. Lagi gelak guling-guling macam orang gila. Siamang punya member-member. 

Lepas tu aku baru teringat ada satu movie aku tengok dulu. Lupa ntah apa tajuk dia. Aku tunjuk satu teori yang watak lelaki pendek dalam cerita tu tunjuk kat member-member dia.

lelaki rendah
lelaki tinggi

So agak-agak sapa lagi panjang....paham dak???

Mula member aku tak paham. Pastu aku gelak buat muka jahat. Dan dan baru paham. 

By the way...aku punya tak pendek okey...boleh la tahan..hakhakhakhak....

semua salah kawan aku, aku merapu bukan-bukan semalam
hari ni macam orang bongok tak tau nak buat keja apa......








Tuesday, 11 June 2013

Chatting dengan H semalam...


Entah macam mana semalam tiba-tiba je H chat dengan aku kat FB. Mula-mula dia komen kat gambar yang aku post.

Dia tengah final exam sekarang. Ingat lagi dia kat aku. Selalu nya dia like je status atau gambar-gambar aku. Memang lepas aje kes dulu tu. Kami tak pernah contact each other. 


Aku malas nak pikir balik pasal dulu. Konon nak buka lembaran baru. Nak start a new life. 

Tup tup semalam dia tanya khabar aku. Siap nak tau aku tengah couple dengan awek mana. Ni member aku pasal la. Dia saja buat cerita kat H yang aku dah ada awek sekarang.

Aku pun apa lagi. Iyakan je la. Seronok dapat kelentong orang...hakhakhakhak...lagi satu aku nak tengok reaksi dia bila tau yang aku dah ada awek..padahal harammm...stim pulak aku tengok perempuan..hakhakhak...

Ada jugak terlintas kat kepala otak ni yang apa motif dia tanya pasal awek aku...dia jeles ke???

Tapi bila difikirkan balik...rasanya tak kot...may be dia just tanya..ye la dia pun dah lama x dengar perkembangan diri aku...sebab dulu aku pernah bukak cerita kat dia yang aku memang susah nak dekat dengan perempuan...aku cakap yang aku x pandai dalam bab nak ngorat awek ni. 

Tipu la kalau aku cakap tak de sekelumit perasaan lagi pada H. Aku mengaku yang still sayang kat dia. Semalam bukan main berbunga-bunga hati aku. Cuma aku rasa dia tergerak hati nak chat dengan aku atas dasar persahabatan. Ok la kan...at least dia still terima aku sebagai kawan.

Beria-ria pelawa aku turun KL lepas dia habis exam nanti. Lagipun ada member kerja aku nak shopping raya kat KL bulan puasa karang. Dia pun kenal H jugak. So aku just cakap tengok dulu.....

Bukan tak suka nak bersemuka dengan H. Cuma aku tak pasti cukup kuat untuk berhadapan dengan dia. 

Pasal H satu hal. Ni ada lagi sorang yang buat aku pening kepala...nanti la aku story pasal dia ni....

rindu nak peluk badan H yang macam player rugby...ahakssss... 




Monday, 10 June 2013

Kau nak moody, boleh berambus!!!!!


Arghhh tensen aku...pantang aku kalau bila time aku cakap elok2 kau buat muka macam harammmm........
Apa masalah kau buat muka macam pundek...kot ye pun ada problem ke apa, tok sah la bawak-bawak ke tempat kerja...kang ada jugak yg aku tonyoh muka tu dengan tapak kaki....
Angin jugak aku pagi tadi...staff perempuan aku yg sorang ni memang selalu moody...entah kenan apa agaknya....muka tu kalau cantik tapi masam je selalu, orang akan nampak macam lembu laut jugak akak oiii...nasib kau lagi tua dari aku...

Aku syak dia  ni ada masalah period berpanjangan kot....kan org cakap perempuan selalu mood tak menentu bila datang bulan...staff aku ni selalu je moody..tak kan hari-hari bendera merah kot..malang la sapa laki dia...

Belum tengok lagi aku punya moody...hah kot ada yang kepala bawah kaki atas nanti...staff lain tadi semua tak berani tegur dia...dorang dah masak sgt perangai dia...tapi bila mai angin tak betul dia, boleh jer gelak-gelak macam langsuir...suara dia je boleh dengar sebatu....

tengah mendownload cerita Dexter...hero dia bapak aku taste..walaupun dok suka bunuh org....


Sunday, 9 June 2013

Hampir kantoi...hampeh punya member...

Pagi ni aku curi masa sikit update blog...walaupun kerja bertimbun tengah menanti tu..aku tolak tepi dulu...
Heh heh heh heh....

Cuti 2 hari lepas aku bawak member balik kampung...tido rumah aku...kebetulan lagi sorang member melangsungkan majlis pertunangan dia...kami harung sekali menghadiri majlis dia...

Seronok dua org member baik aku tu jalan2 kat kampung aku...org bandar la katakan...memang jakun habis la tengok bendang...naik segan jugak aku bila org kampung dok perati kami bertiga posing amek gmbr kat tengah2 bendang...hakhakhak...



Nak dibuat cerita malam yg 2 org member aku bermalam kat rumah aku, kami borak-borak kat luar rumah sambil mencicah pelam....cerita punya cerita, tup tup sorang member aku ni (dua-dua perempuan) straight to the point tanya soalan yang hampir aku tercekik makam pelam...

" Kau gay erk???"

Gulppp...masa tu bapak gelabah aku..tapi berlagak tenang je...dalam hati aku menyumpah member aku tu...x de benda lain ke nak tanya...

Macam biasa aku gelak je la...buat muka x de pape...aku jawab dengan balingan percuma bijik buah pelam
tepat kat peha dia...nak sangat..tanya soalan bukan-bukan tengah-tengah malam macam tu...mujur mak abah aku dah tido...

2 orang member aku tu macam tak puas hati bila aku macam tak jawab soalan tadi...aku try nak ubah topik...member aku pusing balik..macam-macam dorang buat spekulasi...dorang pelik dari dulu sejak H keje sama ngan kami lagi...

" Kau ni  muka ada...bab bergaya pun boleh tahan..cuma tak cukup inci je...tapi kami pelik kenapa kau tak de awek..."

" Haah.....kat hospital tu ramai kot nurse-nurse cun..." lagi sorang menambah....

Rupanya dorang dah lama syak yang aku ni gay....arghh lantak korang la...sampai sudah aku tak jawab...benda sensitif macam ni aku malas nak panjang cerita...betul jugak apa yang aku baca kat satu artikel...seseorang tu tak akan mampu menyembunyikan diri dia yang sebenar...walau macam mana dia cuba untuk sorok sekalipun..sedikit sebanyak orang sekeliling dapat kesan...

Aku yakin sangat-sangat yang dorang akan tanya lagi soalan ni....hampeh betul 2 ekor ni....mau jugak aku halau tido luar malam tu..hakhakhak....

Aku tak boleh salahkan dorang...hak dorang untuk bertanya...dan hak aku jugak untuk tidak menjawab...
Dalam kepala dok pikir apa agaknya penerimaan dorang kalau aku mengaku????

Bapak lenguh-lenguh lengan aku..semalam main dumbbell yang baru aku beli....hekhek...



Wednesday, 5 June 2013

Bila malas nak kerja....


Ayyakk hari memang malas nak buat apa2 kerja..tu yg dok terperuk dalam office je...
Biar je la anak buah buat kerja dorang kat luar tu..selalunya aku tolong2 juga apa yang patut...sampel pun tak banyak..tadi aku turun pi OPD, patient pun tak ramai sangat...

Sejak last week line internet boleh buka semua...hehehehe...aku pun apa lagi, on9 je la keje nye...fesbuk, youtube, segala macm mak nenek aku bukak...habis byk keje aku tangguh..

Oleh sebab hari ni pun mood nak keje kureng sikit, baru teringat yang dah lama aku x update kat blog...lepas balik keje sorry la...x de masa nak on9....time tu la pun aku nak berehat...lagi la sekarang, selalu je rasa penat & mengantuk...selalu tu balik je rumah, dah tak nampak apa dah....bayangkan bantal ngan tilam je..

Habis kuat aku bukak fesbuk....itupun semata-mata nak usya fesbuk jantan2 hensem yang aku add..hahahaha...

Tadi member dah meroyan kat aku...heheheh...aku cancel nak puasa hari ni...tengok tahap malas aku, 
sampai nak puasa sunat pun malas...kena pulak aku lapar sangat-sangat pagi tadi...

Pagi tadi dok on9 fesbuk, ada la sorg mamat yg aku add ni tegur aku...hahaha....tak silap aku dah lama rasanya aku add dia....tapi baru sekarang dia nak tegur...jenis aku...aku add je kat fesbuk...x de kuasa nak chat ke apa ngan orang yang aku add.....habis rajin pun aku like status ngan gambar...

Hari ni macam nak makan kat kedai Abang Hensem tu la...hakhakhak...


Muka putih bersih...badan tough, tinggi pun ok...dah la selalu dapat murah...




Followers

World Clock