Tuesday, 11 June 2013

Chatting dengan H semalam...


Entah macam mana semalam tiba-tiba je H chat dengan aku kat FB. Mula-mula dia komen kat gambar yang aku post.

Dia tengah final exam sekarang. Ingat lagi dia kat aku. Selalu nya dia like je status atau gambar-gambar aku. Memang lepas aje kes dulu tu. Kami tak pernah contact each other. 


Aku malas nak pikir balik pasal dulu. Konon nak buka lembaran baru. Nak start a new life. 

Tup tup semalam dia tanya khabar aku. Siap nak tau aku tengah couple dengan awek mana. Ni member aku pasal la. Dia saja buat cerita kat H yang aku dah ada awek sekarang.

Aku pun apa lagi. Iyakan je la. Seronok dapat kelentong orang...hakhakhakhak...lagi satu aku nak tengok reaksi dia bila tau yang aku dah ada awek..padahal harammm...stim pulak aku tengok perempuan..hakhakhak...

Ada jugak terlintas kat kepala otak ni yang apa motif dia tanya pasal awek aku...dia jeles ke???

Tapi bila difikirkan balik...rasanya tak kot...may be dia just tanya..ye la dia pun dah lama x dengar perkembangan diri aku...sebab dulu aku pernah bukak cerita kat dia yang aku memang susah nak dekat dengan perempuan...aku cakap yang aku x pandai dalam bab nak ngorat awek ni. 

Tipu la kalau aku cakap tak de sekelumit perasaan lagi pada H. Aku mengaku yang still sayang kat dia. Semalam bukan main berbunga-bunga hati aku. Cuma aku rasa dia tergerak hati nak chat dengan aku atas dasar persahabatan. Ok la kan...at least dia still terima aku sebagai kawan.

Beria-ria pelawa aku turun KL lepas dia habis exam nanti. Lagipun ada member kerja aku nak shopping raya kat KL bulan puasa karang. Dia pun kenal H jugak. So aku just cakap tengok dulu.....

Bukan tak suka nak bersemuka dengan H. Cuma aku tak pasti cukup kuat untuk berhadapan dengan dia. 

Pasal H satu hal. Ni ada lagi sorang yang buat aku pening kepala...nanti la aku story pasal dia ni....

rindu nak peluk badan H yang macam player rugby...ahakssss... 




1 comment:

  1. AHH tekanan nya. nape la dia xleh tolong aku dptkan kerja
    alasan sibuk 24 jam. x patut x patut.

    M/24yo/Kuala Terengganu
    Cari sugarmumy/daddy yg baik , caring , x kedekut dan serius ngan aku dan ingin bahagiakan aku

    Call aku

    Iz - 0147316396
    Set masa dan date. untuk pertemuan. kalau ok. kita teruskan :)

    ReplyDelete

Followers

World Clock