Monday, 24 June 2013

Tips aku jaga kulit muka....


Semalam masa lepak minum dengan member-member lepas kerja, kami ada sembang pasal topik penjagaan kulit. Member sorang ni mengadu pasal kulit muka dia yang memang tak dapat nak dibezakan dengan permukaan bulan.

Orang dia nak kata buruk, tak la terlalu hodoh untuk dikategorikan. Nak letak kat golongan cantik jelita menawan, tak jugak. Sedang-sedang je. Manis tu ada la.

Cuma problem dia adalah jerawat kat muka dia. Memang kalau pandang dari jauh…tak berapa nak perasan. Kalau dok depan dia, jelas ya amat kawah gunung berapi yang terbentuk…*sorry akak, x de niat nak kutuk….hehehehehe

Kesian kat dia. Dah la bujang lagi. Kata dia sebab utama lelaki tak mau dekat dengan dia adalah kulit muka dia yang berjerawat teruk. Sadis hidup kau kak….

Aku pun dengan rasa penuh belas kasihan share la apa yang aku amalkan…aku tak kata yang kulit aku ni licin cantik halus mulus bak bidadari kayangan atau apa…tapi ok la sikit…hahahahaha…

      Tomato

Yang ni aku kerap buat. Hampir setiap malam sebelum tido. Tomato yang bulat tu aku belah dua. Then letak sedikit gula atau madu lagi bagus. Biasa aku guna madu sebab banyak stok madu aku beli. Pastu sapu kat muka. Just guna sebelah aje. Lagi sebelah boleh guna untuk hari esoknya. Biar kering dalam setengah jam. Kemudian dah boleh cuci muka macam biasa. Better lagi kalau nak cuci kesan tomato tu guna air suam.

Lagi satu aku rajin makan buah tomato ceri yg kecik-kecik tu. Tomato ni banyak khasiat dia. Kalau rasa-rasa nak kulit cantik boleh la try. Kantoi muka kau buruk kan…lepas ni pakat dok sorong raga pi pasar borong tomato berkilo-kilo. Moga-moga muka bertukar jelita macam Nora Danish. Kembung la perut dok hadap tomato hari-hari….

    Putih telur

Guna putih telur buat masker ni ramai yang dah tau kan. Aku selalu jugak buat. Agak-agak kalau tomato dah habis kat peti ais tu, aku guna putih telur pulak. Tapi memang at least seminggu sekali aku akan buat. Kalau telur orang tak boleh ye..itu hanya untuk santapan dikala kegersangan sahaja…

      Oat

Yang ni aku baru try last week lepas baca kat satu blog ni. Perempuan tu share khasiat oat kepada kulit muka. Aku tengok cara dia pun simple je. Lagipun aku memang berlambak stok oat yang tak makan dalam kabinet dapur tu. Konon nak diet makan oat je hari-hari. Last2 haram…diet kemana oat kemana…tekak aku tak dapat nak terima makan oat pagi-pagi. Perut Melayu…tak sah kalau tak membaham nasi lemak sepinggan, tak pun roti canai…

Kaedahnya sama je. Kita buat masker guna oat. Just tambah je air suam kat oat tu. Pastu kalau nak lagi best letak sikit madu. Last sekali korang tempek-tempek je la kat muka…Nak lagi berkesan tuang je terus atas kepala…ambik kau..nak sangat..hahaha..errr gurau je…

Itu je la apa yang aku dok amalkan. Nak buat facial treatment kat salon tak mampu lorh. Kita guna sumber-sumber natural yang sgt mudah nak dapat. Jimat duit kat situ ye dak. Kau tak payah la nak berangan guna produk mahal-mahal. Kebanyakan produk untuk kulit sekarang banyak mengandungi bahan kimia. Nanti muka je cantik, tapi dalaman banyak yang rosak. Tara guna juga ya…

Housemate aku pun dah terikut-ikut apa yang aku buat. Hari tu la, dia tengok muka aku yang penuh bertempek-tempek oat..dia pelik pastu tanya aku pakai apa….

Btw dia ni Chinese…muka memang dah putih bersih….aku cakap kat dia tak payah nak sibuk-sibuk buat..pastu dia balas..

“Owh I pun nak kulit cantik macam kamu, mintak sikit oat ye..hehehehe”

Motif sangat doktor ni…tapi aku tengok kejap je dia buat…pastu stop sebab tak de masa katanya…hari tu beria-ria…cheittt…




 Err betul ke aku dengar air mani pun boleh
licin kan kulit muka????

10 comments:

  1. Replies
    1. hahaha..x pernah la...pernah terbaca jer...hahaha..=P

      Delete
  2. kalau nak ikutkan dier banyak lagi lah tips2 dier....haaa kalau malas sangat nak cuba semua yang atas tu....ko pergi jew dekat Nature Republic..beli gel Aloe (lidah buaya aper ntah)....malam2 sapu kat muka....kalau badan korang berjerawat..boleh jugak...

    Aku dah cuba....berkesan sangat sbb dier 92% aloe so xyah risau sangat...lagi pon KL ni kadang2 susah nak cari bahan2 yang kita nak....

    ReplyDelete
  3. x sabar nk tggu u update kisah u dan H.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrr....cerita dah tamat sekian terima kasih...:(....dia pun x de kat sini...

      Delete
  4. AHH tekanan nya. nape la dia xleh tolong aku dptkan kerja
    alasan sibuk 24 jam. x patut x patut.

    M/24yo/Kuala Terengganu
    Cari sugarmumy/daddy yg baik , caring , x kedekut dan serius ngan aku dan ingin bahagiakan aku

    Call aku

    Iz - 0147316396
    Set masa dan date. untuk pertemuan. kalau ok. kita teruskan :)

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Awk..cuba try plain yogurt. Yogurt pn bagus wt mask. Nnti muka rs moist & tegang je =)

    ReplyDelete
  6. Tomato, putih telur * plain yogurt memang best buat masker. Saya konsisten buat setiap minggu, kulit rasa bersih & licin. :)

    ReplyDelete

Followers

World Clock