Wednesday, 31 July 2013

Bengong punya bos....


1 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan...alhamdulillah setakat ni puasa penuh lagi. hahahahaha....nafsu masih mampu dikekang...

Dah lama tak post entri baru. Agak busy dengan kerja. Banyak yang nak kena settle sebelum balik cuti raya next week...hadoiiii lah...dengan pressure dari sang pengarah yang x abis-abis loghat pasal itu ini.

Last week memang agak tertekan dengan kehadiran H. Tapi tak pe, benda dah lepas..dia pun dah blah...kata dia may be lepas ni susah nak jumpa sebab family dia akan pindah ke JB lepas raya ni...before ni family dia tinggal kat KL...celah mana KL aku tak amik tau...


Okey stop cerita pasal dia...

Tadi baru lepas meeting pengurusan...bodo!!!!

Bos memang mulut macam mak cik-mak cik...apa kena entah dia hari ni...

 Encik Bos: R.......(nama aku) ni saya tengok selalu senyum-senyum dalam meeting. Orang cakap siapa yang selalu senyum ni cepat sampai jodoh dia

Aku          : Errr...tak de lah pengarah....

Encik Bos  : Alah macam saya tak tau je awak selalu je keluar berdua dengan sorang staff nurse tu kan..(sambil sengih-sengih)

Aku           : Aaaaa.....(terpinga-pinga)

Apekah....dah lah dia cakap dalam meeting depan semua orang...bengong apa bos ni. Sah nanti heboh satu hospital cerita pasal aku. Pundeksss.....saja nak buat kontroversi.

Padahal staff nurse tu best fren aku kot. Lepas tu aku cerita lah kat best fren aku tu. Gelak sakan dia...


Satu benda yang mustahil. Bernafsu pulak aku dengan perempuan..hahahahaha

Tapi kira antena bos ni power jugak. Bila tahun pulak time aku keluar dengan best fren aku tu terserempak dengan dia. Bos tu dah lah anti-sosial..terperuk je dalam rumah. Memang selalu aku keluar beli barang ke makan ke berdua dengan best fren aku tu je..

Aku syak mesti ada yang mulut belanga yang sampaikan kat dia.

Lantak lah. At least aku tak dengar lagi cerita yang aku ni gay tersebar. Kalau ada mau aku terus isi borang tukar.



Dah 12 lebih..aku nak cari pot..
nak tido.....


Monday, 22 July 2013

A night with H....

Tidur sebilik dengan H bukan lah satu perkara yang mudah bagi aku. Perasaan yang aku ingin buang seketika dulu membuak-buak hadir kembali. Apa kejadah nya ini!!!

Awkward giler terpaksa tidur satu bilik dengan dia. Korang patut tahu macam rasa nya. Bercampur baur....suka, risau, malu...segala benda aku lakukan dengan tertib. Tak mau tunjuk sangat gelabah.

Iman aku tidak lah sekuat mana. Namun aku cuba jugak cekalkan hati. Yang lepas biarkan berlalu. He's just a friend..that's it!!!!

Aku memilih untuk tidur di lantai beralaskan toto. Dia pelawa untuk tidur sekatil. But aku tolak dengan baik. A single bed for two person. Not a good idea...especially one of them is gay!!!

Dia mengajak aku berbual-bual kosong sebelum tidur. Aku hanya menjadi pendengar setia. Tiada banyak yang keluar dari mulut aku. Just ucapan tahniah dan maaf kerana tidak dapat hadiri majlis pertunangan tempoh hari.

Banyak cerita dari dia. Jelas terpancar kebahagiaan disebalik kata-kata H. Alhamdulillah...berjaya dia temui bakal suri dalam hidupnya. Ceritanya lagi ikatan perkahwinan akan dilaksanakan selepas dia tamat pengajian. Bermakna 3 tahun dari sekarang.

Di tengah-tengah perbualan, dia mendapat call...tunangnya...aku terus mintak izin tidur dahulu. Mata tertutup tapi telinga mendengar. Perlahan-lahan air mata keluar....arghh..benci mendengar perbualan mereka..

Aku tidak sekuat mana....


Bahagiamu Deritaku.........










Sunday, 21 July 2013

H nak datang melawat...

Oh man...apa aku nak buat ni..tak panas lagi punggung aku duduk kat ofis dah dapat berita dari kawan aku yang H nak datang hari ni...

Yang buat aku lagi tak keruan sekarang ni adalah H nak tumpang tido kat rumah aku. Oh my god...boleh ke aku klasifikasi ini sebagai berita baik atau...

Lepas je kawan aku mesej pagi tadi aku dah macam kena sawan babi...duduk tak kena, berdiri tak kena..semua tak kena lah...sejurus lepas tu pulak H hantar mesej kat wechat...*perlu ke aku melompat kegirangan*

Dia mintak izin nak stay kat rumah aku...katanya dia datang sorang je. Dan dan dan....dia nak stay seminggu kat sini...ayyoooo!!!!!!!  *lagi sekali aku perlu melompat kegirangan kah*

Okey...aku perlu berfikir secara rasional.

Nak tak nak aku terpaksa setuju. Lagipun dia tak de kawan lelaki yang rapat selain aku kat sini..tak kan aku nak jadi kejam suruh dia sewa hotel kot..aci tak???

Atau...boleh tak aku larik menyorok kat mana-mana celah dunia ni. Biar aku ghaib sekejap...*bodo kan*

Aku masih ada masa beberapa jam sebelum H sampai. Yeay countdown lah dari sekarang...katanya dia akan sampai lepas aku habis kerja....*perlu ke salon nak cantik kan diri ni*

+ Woi woi woi...dia tunang orang la mangkuk....

- X pe...baru je tunang..belum pun kawin...

+ dah tu kau nak jadi perampas ke bahlol!!!

- aku ke perampas sekarang ni????....that bitch yang ambik hak aku...

+ bangang ke apa kau ni..dia lelaki..dan dia straight...bukan kaum terlaknat macam kau!!!!
  x de nye hak kau ke apa....

- tapi aku....

+ dah lah...terima je lah apa yang dah berlaku tu...





tabah lah duhai hati....






Friday, 19 July 2013

NF si kerani kewangan....


Hari sangat busy habaq hang. Bapak penat sial aku. Sampel tak putus-putus datang dari OPD. Kesian jugak la aku tengok PPK perempuan yang baru tu ulang-alik dari OPD hantar sampel ke lab....kena buli le tuh dengan staff senior...nasib kau la budak baru....



Dah pukul 4 lebih macam ni baru lapang sikit. Tengah dok layan FB tadi aku dapat satu panggilan.
NF call.

Dia ni PT kewangan kat pentadbiran. Ahah...aku baru ingat yang dia ajak aku berbuka dengan dia petang ni. Tengah hari tadi dia pelawa time terserempak  kat BSN . Dia call nak ingatkan aku lagi. Rezeki jangan ditolak kata orang..NF ni agak pelik jugak aku tengok. Sesuatu sangat.....aku syak dia minat kat lelaki. Sebagai lelaki gay, kita sendiri boleh detect kalau ada lelaki yang seperti kita.




Hah kenapa aku rasa dia gay or biseksual rasanya (pernah ada skandal dengan nurse kat sini)....ada beberapa sebab...antaranya dia ni kalau jumpa dengan aku atau mana-mana staff lelaki yang dia rapat, tangan mesti bergerak sekali...yang selalu kena aku lah...tak bahagian bontot...dada aku selalu kena raba...


Lagi satu dia suka puji lelaki-lelaki hensem...hari tu pernah sekali aku tengah dok usya FB jantan-jantan hot. Entah macam mana dia muncul kat sebelah aku, terus dia tanya macam-macam...sapa laki tu, kawan ke, siap puji-puji hensem lah apa semua.....(yang ni agak jelas kegayan dia)


Yang buat aku lagi yakin dia gay bila dia selalu akan rapat dengan staff lelaki yang baru....dah dua tiga orang staff yang baru masuk keluar dengan dia...NF ni walaupun sekadar kerani aje, tapi bab berbelanja memang agak boros....dia pancing orang dengan duit dia....kalau dia nak rapat dengan orang, dia akan belanja makan...

Aku pernah ada konflik dengan NF ni....cerita dia si NF ni macam tak senang aku rapat dengan H...aku agak kes jeles kot...sebelum aku kenal H, aku kenal dengan NF dulu...tapi tak rapat mana pun sebab masa tu dia dah rapat dengan sorang PPK lelaki mana ntah....

Keluar pun beberapa kali je...itupun aku akan ajak H sama...memang tak la kalau aku nak keluar berdua dengan dia je...seram dowh...dari awal lagi aku rasa dia macam nak something je...sorry ye kau belanja la apa-apa pun, ingat senang-senang aku nak gadaikan body aku....mimpi lah...Dah lama jugak la aku tak keluar dengan dia sampai lah baru-baru ni sebelum aku balik cuti tempoh hari...entah macam mana dia tegur kata aku makin sombong...aku pulak yang dikata sombong...padahal dia yang tarik muka....

Dia call tadi macam bagi hint nak ajak aku bermalam rumah dia sama...dia bagitau yang dia tinggal sorang minggu ni...housemate dia budak kelantan yang kacak tu balik kampung...lepas tu tanya pulak housemate aku balik kampung ke tak...bila aku cakap may be doktor cina tu balik sebab nampak dok kemas baju tengah hari tadi...dan dan dia takutkan aku...tak seram ke tinggal sorang-sorang...nanti ada hantu kacau la...hampeh..jujur cakap yang aku sememangnya penakut....kalau tinggal sorang-sorang, semua lampu dalam rumah aku onn...sanggup tido bukak lampu...

Wait n see je lah apa yang si NF nak buat...tapi ingat tak mudah nak ngayat aku...hakhakhak....*sialan betoiii perangai aku*

Nak suruh dia belanja steambot lah...
perghh terbaek arr...
*siap sedia cawat besi*



Wednesday, 17 July 2013

Amin Hayat



Hensem kan dia ni..hahahaha...mesti korang kenal dia kan. Kalau tak kenal nampak sangat korang bangang tak pernah tengok tv..

Aku cukup suka tengok muka dia. Sebab tu lah aku rajin tengok berita TV 9...semata-mata nak tengok mamat ni. Suara dia..mak aih..menikam kalbu..macho siot...terbuai-buai je rasa bila dengar. Sah-sah lena dalam dakapan bila dia dodoikan bila tidur ni...muahahahaha...*fantasi yang melampau*

Teringin nak tengok gambar dia shirtless..ada six pax ke tak...hakhakhak...tapi aku rasa dari pengamatan aku lah, badan dia not bad jugak. Untung la sapa dapat kan...

rajin nye dia...boleh lah tolg aku kemas rumah nnti...
yang baju putih tu pun boleh tahan..tapi dah kahwin kalau tak silap..
agak-agak dia sama macam kita tak??????



Monday, 15 July 2013

cuti raya....

Pagi tadi aku terperasan something kat kalendar yang selalu staff-staff aku ni rujuk bila bertelagah nak rebut hari on-call..

Semalam rasa-rasanya tak de pulak aku tengok tanda-tanda merah-kuning-hijau macam hari ni kat kalendar tu. Aku pun belek la tengok mende lah budak-budak ni conteng.

Mak aih..nak tau apa dia. Dorang pakat dok tanda cuti raya. Amboiiii..sakan depa ni. Time bila pulak dorang discuss pasal cuti raya. Hari tu before aku balik kampung ada la dengar ura-ura nak buat meeting pasal cuti raya. Tup-tup aku tengok dah ada bertanda masing-masing punya cuti kat kalendar ni.

Aku okey je bila dah masing-masing puas hati. Melayu pun takat 3 orang je termasuk aku. Yang lain ada yenna ngan orang asli. So aku rasa tak de timbul peperangan nak ambik cuti raya. Jangan jadi macam unit-unit lain yang mostly majoriti melayu Islam. Aku dah dengar kes tarik-tarik muka. Hahahaha...sebabnya berebut cuti raya. Ketua unit lah yang pening kepala nak handle.

Alah bila dah tua bangka ni, aku rasa tak berapa nak heran sangat pasal nak sambut raya. Kalau time kanak-kanak ribena dulu ye la. Melompat keriangan bilamana nak sambut raya. Hari-hari dok countdown..bila la nak raya...puasa dah berapa hari dah...

Budak-budak seronok nak kutip duit raya. Yang bapak-bapak budak ni rungsing kira duit cukup ke tak nak bagi duit raya kat anak-anak kecik yang menanti hulur tapak tangan.

Sebab tu aku rasa bila dah besar panjang ni, keghairahan nak sambut raya tu dah makin berkurangan. Nak-nak bila dah kerja sekarang. Lagi banyak benda nak pikir.

Cuti raya aku pun tak lama aku ambik. Raya kelima aku dah chow chin chow. Balik kampung pulak malam raya baru nak gerak. Saja balik lambat-lambat. Baru lah feel balik kampung tu ada...hahahaha

Sebenarnya aku nak lari daripada kena buat kerja rumah. Kemas rumah itu ini...hahahaha...keji betoi perangai...

teringin nak makan kuih gula melaka...
petang ni pi carik la....

Sunday, 14 July 2013

1st day puasa di hari kerja....

Alhamdulillah...semalam dalam pukul 6 petang selamat tiba dari kampung...mujur ada member yang tak balik kampung, call dia mintak tolong ambik kat stesen bas..

Sampai-sampai aje terus pi bazar ramadhan...kat sini x berapa meriah sangat...tapi ok lah daripada tak de kan...

berbuka kat rumah member.....aku tolong goreng sayur tu je sebab sampai pun dah
lambat...
Last week bangun sahur kat kampung ada orang yang kejutkan...hari ni dah kena bangun sendiri..sebab tu lah tak terbangun sahur pagi tadi..sumpah tak sedar apa...sedap jer membuta..sedar-sedar dah pukul 6.45...mau kelam kabut aku...hahahahaha...

Tapi aku okey je kalau tak sahur...time zaman student dulu pun mana pernah bangun sahur..jenuh la roommate kejutkan...harammm aku nak bangun....sama je sahur ke tak bagi aku...hari  ni kerja okey je..siap boleh dok bergelak sakan dengan staff...kena pulak hari ni tak banyak sampel darah....goyang kaki je lah gamaknya....

Puasa kat sini tak rasa sangat...may be sebab kat tempat sejuk macam ni kurang rasa lapar...tak macam kat kampung, dengan panas nya....rasa macam nak berendam aje dalam kolah sampai azan Maghrib...

Mak boleh bantai gelak bila aku call cerita yang aku terbabas tak bangun sahur pagi tadi...esok dan hari berikutnya mak dah volunteer nak jadi jam loceng aku..tepat pukul 5 pagi mak akan call kejutkan aku bangun sahur...hehehehehe...anak manja mak...

Tadi member dah call nak masak-masak kat rumah aku...belum pun aku setuju, terus dah plan nak masak apa...hampeh betoi...tapi aku okey jer...dah lama tak berasap dapur rumah tu...cuma aku kena inform dulu kat housemate cina lagi sorang tu....

Okey..selamat berbuka yokkk....nak keluar cari barang dapur....





Tuesday, 9 July 2013

Selamat Berpuasa....

Alhamdulillah...tahun ni lagi sekali aku dapat menjalankan ibadah puasa...harap cukup le gamaknya aku puasa tahun ni...

By the way...aku tengah cuti sekarang...yeay!!!!

Dah 5 hari aku kat kampung...rasa seronok sangat-sangat dapat sambut first day puasa kat rumah dengan mak abah...mak pun pelik kenapa aku ambik cuti seminggu...mak ada tanya...ada apa-apa nak cerita ke? instinct seorang ibu..

Then aku malas nak bukak mulut..just jawab yang cuti aku banyak lagi yang tak guna...but memang betul pun.. mak pun tak soal banyak..cuma aku yakin sangat-sangat yang mak macam tau aku ada problem..just dia tak mau paksa aku cerita je...tenkiu mak coz memahami orang....

Sabtu lepas H dah selamat bertunang...hmmmmmmmmmm...........so this is the end.......

Mujur aku dah blah awal-awal balik kampung petang Jumaat tu..member2 keje yang lain ada ajak pi majlis pertunangan dia...dorang semua pelik kenapa aku tak pergi...aku tak nak jawab pape...cuti pun aku dah apply...

Jujur aku cakap yang aku dah boleh terima sememang nya aku tak kan mampu memiliki H...

So..malas nak pikir banyak..nak kata tak sedih, aku ada rasa sikit..cuma kali ni aku dah boleh terima dengan hati terbuka...

dulu time dia blah hilang macam tu je meroyan jugak aku...ting tong jugak nak dekat sebulan...masa tu aku feeling habis kat H...perasaan sayang tu masih menebal lagi kot...

Bila dah tak jumpa hampir 5 bulan jugak la...aku pun dah dapat sesuaikan diri tanpa H...tup-tup dalam sebulan lepas dia ada chat kat fesbuk....time tu memang tak dinafikan yang aku agak teruja gembira..

Yup aku tau yang H tak pernah ada perasaan pun kat aku..hanya sekadar sahabat...memang sentap jugak bila dapat tau yang dia nak bertunang (dah jadi tunang orang pun sekarang)...berita ni pun aku tau bukan dari mulut dia...salah satu sebab kenapa aku rasa sikit terkilan...Masa chatting dengan H malam tu, tak de pulak dia cerita nak bertunang ke apa....at least kalau keluar dari mulut dia, maybe aku dapat terima la kot...dia macam nak sorok je dari aku...

Even sampai sekarang pun tak de pape yang keluar dari mulut dia...x de pulak dia call or mesej kenapa aku tak hadiri majlis pertunangan dia tu...dia jemput pun menerusi sorang lagi member kami...dan dari mulut kawan aku tu jugak yang dia nak sangat-sangat aku ada time majlis tu....so apa yang dia cuba buat sekarang ni...kenapa tak direct terus je cakap kat aku kalau betul-betul nak aku pergi majlis tu...

Bila dah jadi macam tu..kepala rasa berasap je...aku jadi marah campur terkilan...dan dan tu jugak aku terus apply cuti seminggu...bos pulak banyak songeh...membebel jugak orang tua tu..tanya itu ini...aku dah la tengah kepala tak berapa nak betul...last-last dia luluskan jugak...puas aku kelentong dia bagi sebab untuk cuti lama....

Seminggu aku cuti ni nak relax-relax tenangkan otak....sambil tu nak menggemuk diri makan masakan mak..hahahaha....matila...puasa patutnya boleh diet...

Sesungguhnya bukan mudah untuk kita mencapai kebahagiaan...aku yakin satu hari nanti (tak tau bila) aku boleh kecapi kebahagiaan yang aku impikan..tudiaaa...hahahahah....chill okey..go go go.....

Aku nak chow dulu...nak prepare apa yang patut untuk berbuka petang ni...bapak awal lagi ni...hahahaha..semangat betoii aku...selamat berpuasa semua.....










Followers

World Clock