Monday, 22 July 2013

A night with H....

Tidur sebilik dengan H bukan lah satu perkara yang mudah bagi aku. Perasaan yang aku ingin buang seketika dulu membuak-buak hadir kembali. Apa kejadah nya ini!!!

Awkward giler terpaksa tidur satu bilik dengan dia. Korang patut tahu macam rasa nya. Bercampur baur....suka, risau, malu...segala benda aku lakukan dengan tertib. Tak mau tunjuk sangat gelabah.

Iman aku tidak lah sekuat mana. Namun aku cuba jugak cekalkan hati. Yang lepas biarkan berlalu. He's just a friend..that's it!!!!

Aku memilih untuk tidur di lantai beralaskan toto. Dia pelawa untuk tidur sekatil. But aku tolak dengan baik. A single bed for two person. Not a good idea...especially one of them is gay!!!

Dia mengajak aku berbual-bual kosong sebelum tidur. Aku hanya menjadi pendengar setia. Tiada banyak yang keluar dari mulut aku. Just ucapan tahniah dan maaf kerana tidak dapat hadiri majlis pertunangan tempoh hari.

Banyak cerita dari dia. Jelas terpancar kebahagiaan disebalik kata-kata H. Alhamdulillah...berjaya dia temui bakal suri dalam hidupnya. Ceritanya lagi ikatan perkahwinan akan dilaksanakan selepas dia tamat pengajian. Bermakna 3 tahun dari sekarang.

Di tengah-tengah perbualan, dia mendapat call...tunangnya...aku terus mintak izin tidur dahulu. Mata tertutup tapi telinga mendengar. Perlahan-lahan air mata keluar....arghh..benci mendengar perbualan mereka..

Aku tidak sekuat mana....


Bahagiamu Deritaku.........










8 comments:

  1. Replies
    1. takpe.. ang ada blog. kat cni la kita nk share....

      Delete
    2. tenkiu bro....:)

      mujur ada korang2 semua....

      Delete
  2. its a good thing since u avoid to sleep with him.. at least kau dh pndai kawal diri, walaupun perasaan tu masih tetap ada..

    u r strong.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm...tenkiu support aku...
      *terharu* :)

      Delete

Followers

World Clock