Monday, 15 July 2013

cuti raya....

Pagi tadi aku terperasan something kat kalendar yang selalu staff-staff aku ni rujuk bila bertelagah nak rebut hari on-call..

Semalam rasa-rasanya tak de pulak aku tengok tanda-tanda merah-kuning-hijau macam hari ni kat kalendar tu. Aku pun belek la tengok mende lah budak-budak ni conteng.

Mak aih..nak tau apa dia. Dorang pakat dok tanda cuti raya. Amboiiii..sakan depa ni. Time bila pulak dorang discuss pasal cuti raya. Hari tu before aku balik kampung ada la dengar ura-ura nak buat meeting pasal cuti raya. Tup-tup aku tengok dah ada bertanda masing-masing punya cuti kat kalendar ni.

Aku okey je bila dah masing-masing puas hati. Melayu pun takat 3 orang je termasuk aku. Yang lain ada yenna ngan orang asli. So aku rasa tak de timbul peperangan nak ambik cuti raya. Jangan jadi macam unit-unit lain yang mostly majoriti melayu Islam. Aku dah dengar kes tarik-tarik muka. Hahahaha...sebabnya berebut cuti raya. Ketua unit lah yang pening kepala nak handle.

Alah bila dah tua bangka ni, aku rasa tak berapa nak heran sangat pasal nak sambut raya. Kalau time kanak-kanak ribena dulu ye la. Melompat keriangan bilamana nak sambut raya. Hari-hari dok countdown..bila la nak raya...puasa dah berapa hari dah...

Budak-budak seronok nak kutip duit raya. Yang bapak-bapak budak ni rungsing kira duit cukup ke tak nak bagi duit raya kat anak-anak kecik yang menanti hulur tapak tangan.

Sebab tu aku rasa bila dah besar panjang ni, keghairahan nak sambut raya tu dah makin berkurangan. Nak-nak bila dah kerja sekarang. Lagi banyak benda nak pikir.

Cuti raya aku pun tak lama aku ambik. Raya kelima aku dah chow chin chow. Balik kampung pulak malam raya baru nak gerak. Saja balik lambat-lambat. Baru lah feel balik kampung tu ada...hahahaha

Sebenarnya aku nak lari daripada kena buat kerja rumah. Kemas rumah itu ini...hahahaha...keji betoi perangai...

teringin nak makan kuih gula melaka...
petang ni pi carik la....

5 comments:

  1. meh makan kat blog aku... haha

    ReplyDelete
  2. argh benci la kau..asal x bley masuk blog kau.... grrrrrrrrr....

    ReplyDelete
  3. kalu unit aku..setiap tahun amik giliran cuti sebelum or selepas....sebab aku da kerja time raya tahun lepas.so tahun nih aku x keje..hahaha..aku cuti 2 minggu sebelum raya..wakakakaka..

    ReplyDelete
  4. untongg lahhh....raya sakan la kau...buat kuih raya byk2 kalau dh cuti lama...aku nak pi serbu makan...:)

    ReplyDelete
  5. hahaha..mai la dtg johor..hakhak...bydway...aku x wat..hanya mampoo tunjuk jer..hakhak

    ReplyDelete

Followers

World Clock