Friday, 19 July 2013

NF si kerani kewangan....


Hari sangat busy habaq hang. Bapak penat sial aku. Sampel tak putus-putus datang dari OPD. Kesian jugak la aku tengok PPK perempuan yang baru tu ulang-alik dari OPD hantar sampel ke lab....kena buli le tuh dengan staff senior...nasib kau la budak baru....



Dah pukul 4 lebih macam ni baru lapang sikit. Tengah dok layan FB tadi aku dapat satu panggilan.
NF call.

Dia ni PT kewangan kat pentadbiran. Ahah...aku baru ingat yang dia ajak aku berbuka dengan dia petang ni. Tengah hari tadi dia pelawa time terserempak  kat BSN . Dia call nak ingatkan aku lagi. Rezeki jangan ditolak kata orang..NF ni agak pelik jugak aku tengok. Sesuatu sangat.....aku syak dia minat kat lelaki. Sebagai lelaki gay, kita sendiri boleh detect kalau ada lelaki yang seperti kita.




Hah kenapa aku rasa dia gay or biseksual rasanya (pernah ada skandal dengan nurse kat sini)....ada beberapa sebab...antaranya dia ni kalau jumpa dengan aku atau mana-mana staff lelaki yang dia rapat, tangan mesti bergerak sekali...yang selalu kena aku lah...tak bahagian bontot...dada aku selalu kena raba...


Lagi satu dia suka puji lelaki-lelaki hensem...hari tu pernah sekali aku tengah dok usya FB jantan-jantan hot. Entah macam mana dia muncul kat sebelah aku, terus dia tanya macam-macam...sapa laki tu, kawan ke, siap puji-puji hensem lah apa semua.....(yang ni agak jelas kegayan dia)


Yang buat aku lagi yakin dia gay bila dia selalu akan rapat dengan staff lelaki yang baru....dah dua tiga orang staff yang baru masuk keluar dengan dia...NF ni walaupun sekadar kerani aje, tapi bab berbelanja memang agak boros....dia pancing orang dengan duit dia....kalau dia nak rapat dengan orang, dia akan belanja makan...

Aku pernah ada konflik dengan NF ni....cerita dia si NF ni macam tak senang aku rapat dengan H...aku agak kes jeles kot...sebelum aku kenal H, aku kenal dengan NF dulu...tapi tak rapat mana pun sebab masa tu dia dah rapat dengan sorang PPK lelaki mana ntah....

Keluar pun beberapa kali je...itupun aku akan ajak H sama...memang tak la kalau aku nak keluar berdua dengan dia je...seram dowh...dari awal lagi aku rasa dia macam nak something je...sorry ye kau belanja la apa-apa pun, ingat senang-senang aku nak gadaikan body aku....mimpi lah...Dah lama jugak la aku tak keluar dengan dia sampai lah baru-baru ni sebelum aku balik cuti tempoh hari...entah macam mana dia tegur kata aku makin sombong...aku pulak yang dikata sombong...padahal dia yang tarik muka....

Dia call tadi macam bagi hint nak ajak aku bermalam rumah dia sama...dia bagitau yang dia tinggal sorang minggu ni...housemate dia budak kelantan yang kacak tu balik kampung...lepas tu tanya pulak housemate aku balik kampung ke tak...bila aku cakap may be doktor cina tu balik sebab nampak dok kemas baju tengah hari tadi...dan dan dia takutkan aku...tak seram ke tinggal sorang-sorang...nanti ada hantu kacau la...hampeh..jujur cakap yang aku sememangnya penakut....kalau tinggal sorang-sorang, semua lampu dalam rumah aku onn...sanggup tido bukak lampu...

Wait n see je lah apa yang si NF nak buat...tapi ingat tak mudah nak ngayat aku...hakhakhak....*sialan betoiii perangai aku*

Nak suruh dia belanja steambot lah...
perghh terbaek arr...
*siap sedia cawat besi*



4 comments:

  1. kalau boleh follow up blog saya...masih baru menulis..sila tegur klu saya ada buat silap.. :) http://kakiberangan.wordpress.com TQ

    ReplyDelete

Followers

World Clock