Monday, 2 September 2013

Kak Ton lagiiii comeyyyy....


Selamat pagi semua. Pagi ni buka je FB tudia...berderet-deret post pasal harga minyak naik 20 sen. Ramai lah yang meroyan menyalak bagai. Aku malas nak ambik kesah...kalau tak mo keluarkan duit, jalan kaki je..habis cerita...

Sebelum ni duit 20 sen tu tak pernah nak amik kesah pon. Siap boleh campak merata lagi. Sekarang ni..hah tudia....baru tau betapa 20 sen tu berguna jugak...just think positif..so kena berjimat cermat lorh lepas ni..

Malas nak meraban macam-macam pasal minyak naik harga ni..bukan boleh menguntungkan aku pun kalau mencarut tak tentu pasal....

Dalam pada budak-budak lab ni rancak sembang pasal isu 20 sen, aku larik pi mengular kat kafe....sampel tak banyak pagi ni...so time for curik tulang..astaga..burok perangai..hak hak hak....*jangan contohi amalan kurang sihat ini ye*

Tengah dok syok perati itu ini menu kat kafe...hampir melatah aku bila ada orang tepuk bahu...choyy..mujur tak mencarut bukan-bukan...

Hmmm budak ni lagi...serabut aku. Anak tokey kafe ni selalu mengendeng kat aku kalau tiap kali aku makan kat kafe...ni dah lama tak jumpa budak blurr ni sebab selalu makan kat luar...nak je aku lempang muka dok tersengih-sengih..

Pagi tadi siap puji-puji aku..abang comey lah...pakai baju pink lagik nampak cute lah....rimas aku..dah lah lapar gila babi...mau ada yang kena telan kot....tak senang aku nak ceduk makanan...


Pastu aku  buat lawak bangang dengan harapan dia berambus secepat mungkin...

"Dik Kak Ton lagik comey....cer adik pi puji kak ton pulak..sian dia.."

Lepas tu nak tau dia jawab apa....

"kak ton tu sapa...kat mana nak cari dia????"

Huwaarrggghhhh....stress aku ngan budak blurr tahap cipan ni....orang dok stress dengan isu minyak..aku pulak pagi-pagi dah meroyan sebab budak blurr ni....

Member aku dah gelak macam setan kat sebelah....

Dan dan tu jugak aku blah carik tempat duduk...budak tadi dok blurr kat situ jugak...pastu sengih-sengih macam orang terencat....

Mujur muka boleh tahan cute..hehehehe....silap hari bulan mau aku rembat budak ni bawak balik rumah...

yang ni memang mimpi ngeri....


Sunday, 1 September 2013

Salah ke Lelaki Melatah???


Selamat pagi dunia!!!!

Tudia semangat habaq hang. Dah seminggu aku tak post entri baru. Disebabkan kekangan-kekangan yang tak dapat dielakkan. Busy katanya..padahal..hahaha

Okey berbalik pada topik aku nak cakap hari ni. MELATAH. Ofkos semua tau kan apa tu. Nampak sangat bangang tahap lembu laut kalau tak tau. At least paling kurang mesti pernah tengok makcik makcik melatah. Kan...Pastu gelak guling guling kalau tengok orang melatah.

Melatah dah kira cukup sinonim dengan orang melayu. Pi check tengok nenek kita ke, tak pun mak kita ke...hangpa cucuk sikit pinggang depa, tengok apa jadi...nak lagi best buat masa depa tengah memasak..mau nak terbalik segala periuk belanga.

Biasa kita dengar golongan perempuan yang veteren kuat melatah. Kalau lelaki????

Kes lelaki melatah ada walaupun tak banyak. Dan salah seorang yang termasuk dalam statistik adalah aku...hikhikhik...

Sejarah macam mana aku boleh terjebak jadi melatah ni bermula kat zaman sekolah asrama...ada dua tempat yang aku sensitif kalau orang sentuh...satu kat leher, satu lagi kat pinggang...mula-mula tak teruk sangat..aku akan melatah kalau orang cuit pinggang...habis segala benda mencarut aku sebut....

Orang cakap kalau kita selalu usik orang yang kuat melatah, nanti jangkit kat kita...nak dibuat cerita mak aku pun melatah jugak...so anak dia yang sorang ni pulak memang kaki menyakat...asal tengok mak aku leka sikit, mula lah aku sergah..mau tak melatah orang tua tu...hahahahaha....

Sudahnya aku pulak berjangkit melatah...tu lah balasan dia....sekarang ni dah keje, semua staff lab tau aku melatah...pantang tengok aku relax2 duduk, mula lah ada yang gatal tangan cucuk pinggang...bila aku mencarut bukan-bukan, dorang gelak-gelak..ciss ingat aku ni bahan untuk menceriakan suasana...kurang asam betoiii...

Yang aku risau bukan apa, takut makin teruk nanti..sekarang kira okey la jugak...aku tak de lah melatah sampai kejar orang pakai parang...cuma aku cepat terkejut..kalau orang sergah pun dah melatah yang bukan-bukan...kadang-kadang tu bila staff tiba-tiba je masuk bilik aku tak ketuk pintu pun aku dah terkejut melatah...

Abah pernah cakap yang aku ni jenis lemah semangat. Sebab tu dia risau jugak bila tengok aku sekarang ni makin cepat terkejut.....

Kalau naik kereta dengan kawan aku kan, dia saja je brek mengejut....bengong...aku pun apa lagi..terkeluar segala benda yang tak sepatunya...kawan pernah tanya apesal kalau aku melatah asyik sebut perempuan punya je...awat tak sebut sendiri punya...bodo kalau aku boleh main suka suki sebut itu ini bila melatah, baik aku sebut benda-benda yang elok..beristighfar ke..dapat jugak pahala..ni benda luar kawal...apa yang aku sebut tu, korang dengar je lah...

Cuma aku ada jugak la rasa malu...ye lah kadang-kadang tu depan orang ramai pernah jugak aku melatah...segan siot..ada sekali tu,kat kauter bank...pen terjatuh je pun....benda aku sebut pulak benda dalam kain perempuan....akak kat kaunter tu dah sengih-sengih....waaaa tak tau nak letak muka kat mana....

Pernah jugak la aku sound member-member yang rajin sangat usik aku. Ye lah, yang malu aku...penat satu hal...mau pendek umur aku kalau dah selalu sangat kena usik...dorang jawab tak best kalau tak usik aku...pundeksss....tapi aku tak marah pun...

Risau jugak aku bila dah berusia nanti macam mana...harus aku gam je mulut sendiri....Ada jugak la aku search tengok ada tak ubat untuk orang latah ni...so far tak de lagi....punca-punca dia pun masih tak dapat dibuktikan secara saintifik...cuma kemungkinan ada jugak berkait rapat dengan gen dan keturunan...may be betul jugak...sebab nenek dan mak aku memang kuat latah... dalam family aku sorang je lelaki yang melatah....



Awas!!!!lepas ni aku nak letak pisau kat poket..
Sape berani cuit pinggang aku..mau melayang pisau kat kepala....








Followers

World Clock