Sunday, 20 October 2013

Kasih Seorang Ibu....

Salam...semoga anda-anda semua dalam keadaan sihat ye...

Baru tadi aku pi turun kafe sat...perut dok berdondang sayang dari pagi tadi...tekun katanya buat keje sampai lupa nak breakfast...

Tengah dok tunggu turn nak bayar nasi goreng yang aku tapau tu, aku perasan ada sorang wanita masuk ke kafe...umur lebih kurang dalam lewat 30 an...kalau tengok muka macam orang asli...

Apa yang buat mata aku tak berpaling daripada tengok perempuan itu adalah dia mengendong bersama seorang lelaki....yang aku rasa adalah anaknya...anak lelaki wanita tu kalau dilihat seperti cacat...tiada keupayaan untuk bergerak sendiri.

Wanita tu mengendong anak lelakinya dengan mengikat sehelai kain pada leher...

Sayu hati aku tengok....serta-merta teringat mak di kampung....

Betapa kasih seorang ibu terhadap anaknya...tiada perasaan malu menjaga anak yang cacat...bawa ke hospital...macam yang orang cakap, seorang ibu mampu menjaga dan membesarkan sehingga 10 orang anak...namun 10 orang anak, seorang pun belum tentu mampu menjaga seorang ibu ketika sakit...

Nak menitik air mata tengok wanita tu...betapa kuat semangat beliau...

Aku jadi insaf.....raya haji lepas aku tak balik kampung...ikut sangat perasaan kecewa masa tu...mak abah ada la tanya kenapa tak balik..aku tipu cakap busy dengan keje...

InsyaAllah minggu ni aku balik kampung...rindu kat mak abah....








No comments:

Post a Comment

Followers

World Clock