Monday, 29 September 2014

Berhutang dengan sorang Blogger - Cabaran Liebster Award


Sebelum aku terlupa...better aku buat...

Sorry bro Haziq....baru hari ni aku boleh nak jawab soalan-soalan dalam cabaran Liebster Award ni...tengah tingtong lagi masa bro mintak aku jawab tempoh hari....hope kau tak marah erk...:)

ni beberapa soalan yang perlu aku jawab...


1. Penulis yang paling anda minati ?

- oleh sebab aku minat baca novel...so antara penulis novel yang aku minat adalah Hlovate, Lyn Dayana, Anis Ayuni,..tapi yang paling aku minta adalah Ramli Awang Murshid...sebab aku suka cerita dia yang thriller tu...

2. Buku atau novel yang anda minati ?

- of course novel,,,tapi dah makin malas nak membaca bila dah berkerja ni....buku pun ade jugak minat untuk membaca....baru nak berjinak-jinak membaca buku buku bercorak keagamaan...

3. Ahli politik yang anda kagumi ?

- tak minat nak ambik tau pasal politik.....so tak de kot ahli politik yang diminati...semua cakap berapi jer time nak election...

4. Filem yang anda minati ?

- Trilogy Lord of The Rings....dah berkali-kali tengok tanpa jemu...pernah sekali tu sehari suntuk marathon menonton ketiga-tiga filem ni...sampai mak hambat dengan periuk suruh pi solat sebab leka sangat.....

5. Pelakon Malaysia yang anda minati ?

- mostly pelakon lelaki yang hensem...hahahaha...tapi aku adalah 'kipas susah mati' Fazura...gojes habaq hang pompoan ni...

6. Pelakon Korea yang anda minati ?

- ofkos la yang hensem jugak...hahahaha...

7. Pelakon Hollywood yang anda minati ?

- pun yang hensem jugak...muahahaha...tapi Chris Evans tetap pojaan hati ku.....kalau actress...aku suka Anne Hathaway...first filem dia The Princess Diary sampai sekarang aku tak boleh lupa...

8. Pengacara yang paling anda minati ?

- Ally Iskandar....macam comel jer mamat ni....

9. Pendapat anda tentang orang Melayu yang lebih suka bertutur dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu ?

- hmmmmm....agak poyo...tapi terpulang lah kat dorang..cuma kalau boleh jangan lah nampak sangat kebaratan..ni dah la cakap pun dah slanga ala-ala je....perangai pulak tiru orang Barat...bagi aku tak salah, selagi perangai masih lagi seperti orang Timur....

10. Blogger yang ingin anda contohi ?

- Ben Ashaari....

11. Jika anda sudah meninggal dunia suatu hari nanti, anda mahu dikenali sebagai apa ?

- Seorang bapa yang berjaya mendidik anak-anak nya......




Nah ni dia jawapan aku....sorry again bro....lambat sangat aku jawab....okey chow dulu....

2 comments:

  1. Takpe kid, lambat pun tak apa. Hihi. Sejuk hati saya baca bila awak dah mulabaca buku buku keagamaan. Lagi satu awak dah mula minat kat perempuan.macam.Anne Hathaway dan Fazura. Wahhhh... Satu perkembangan.positif. Dan paling best.awak nak.jadi.bapa yang berjaya didik anak.anaknya. Saya.doakan agar awak.dapat isteri yang baik dan boleh.bimbing awak.dunia akhirat. Amin... Satu je persamaan kita. Saya.pun minat novel novel.Ramlee Awang Murshid. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haziq : insyaAllah...tak kan selamanya hanyut dalam dunia ni...berkat doa kau...satu hari nanti mungkin....
      memang ada niat dalam hati ni nak kawin..ada anak-anak...hihihi...
      terima kasih bro...:)

      Delete

Followers

World Clock