Tuesday, 30 September 2014

Bos yang sangat......puiiiii..

Pening kepala aku dengan bos ni...nak aje aku hentak dengan keyboard komputer kat kepala dia...biaq kasik gegar otak dalam tu..baru betul sikit jadi nya...

Oleh sebab title bos..sesuka suki je nak buat sesuatu yang boleh menaik marah anak-anak buah dia...kalau tanya mana-mana ketua unit, confirm semua sakit hati kerja dengan dia...sekarang ni ramai yang dah nak nak mintak tukar sebab tekanan daripada pihak atasan...termasuk jugak beberapa ketua unit yang dah tak tahan asyik kena bambu je dalam meeting...

Macam pagi tadi...aku baru lah nak mulakan hari yang indah...then, orang tua nih dah kacau pagi-pagi....pasal dia tak bagi anak buah jagaan aku pi kursus naik kereta sendiri...bakhil ya amat orang tua nih...bukan keluar duit poket kau pun bayar claim perjalanan ke kursus tu...

Ingat aku ni bangang sangat ke tak apply kenderaan jabatan dulu....aku dah mintak...but kenderaan jabatan dah x de...semua dah guna....lagipun  anak buah aku sorang je pi kursus tu...kat Kelantan pulak tu....ofkos la ketua driver akan dahulukan mana-mana perjalanan yang melibatkan ramai kakitangan di tempat kursus yang sama dan lokasinya di area Pahang jugak...

Tak dengar explanation aku dulu..terus membebel bukan-bukan...tak pasal-pasal pagi yang indah buat aku dicemari dengan suara bingit dia tu....ingatkan kerja dengan bos lelaki senang la sikit...orang dok kata bos perempuan agak cerewet...nih bos jantan aku pun 2 kali 5 jugak...

Sudahnya, anak buah aku tu dah tawar hati nak pi kursus tu....damn....yang orang tua satu hal...yang ni pun nak kasik aku pening kepala jugak.....

Nak marah pun tak sampai hati...sebab anak buah aku tu lagi tua daripada aku...karang nanti dikatanya aku tak hormat dia pulak....susah la kalau kena jadi ketua kepada abang-abang dan akak-akak ni....lagipun bos punya pasal lah ni....

Sebelum ni pun dah banyak benda yang bos suka kacau....dari sekecik-kecik masalah boleh jadi besar bila dia masuk campur...bukan nak tolong settle kan masalah..lagi menambah ada lah...

Aku nak mintak tukar dia tak approve....damn damn damn......





2 comments:

  1. Sabar kid sabar.... Bnyk.juga saya dgr citer boss yang suka tindas anak buah ni. Mentang mentang dia boss dia ingat dia besar pastu sesuka hati je tindas anak buah. Geram tau dpt boss mcm ni. Harap2 la masa saya kerja nanti saya tak dpt boss bebal mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haziq : kerja makan gaji macam ni lah....tak pe nanti tiba masa, kau akan lalui jugak alam pekerjaaan....hahahaha... :)

      Delete

Followers

World Clock