Thursday, 20 November 2014

Ada kalanya feeling2 straight..mampu????



Hahahaha....tajuk entri tak boleh blah...aku tengah buntu tak tau nak tulis ape...

Betul tak ??? hangpa yang gay-gay ni pernah rasa tak sesekali tu macam nak jadi straight...tambah-tambah bila tengok baby cute mute ni..rasa macam nak aje tangkap mana-mana wanita ajak kahwin..romen-romen then dapat anak...

Aku rasa la kan mostly gay mesti akan ada keinginan untuk menikahi seorang wanita..mendirikan keluarga...then happy je hidup hingga ke hujung nyawa...lama mana kita nak terperangkap dalam dunia yang just indah kat dunia ni je...itu pun kalau indah la...but dunia gay ni dah nama nya dunia terlarang, memang tak de nyer Tuhan nak kasik rahmat hidup bahagia...keindahan yang diberi pun hanya seketika. *hah sudah tazkirah pulak aku*

Sebut pasal feeling2 straight ni kan...aku nak share sikit pasal apa yang aku tengah alami dan rasa sekarang...

Semenjak ade datang doktor muda perempuan melayu yang baru kat hospital ni...aku jadi berkenan pulak kat doktor tu...comey memang le comey....aku sendiri tak tau, apa yang aku rasa yang lahir dari hati ni just sekadar suka ataupun betul-betul suka yang macam sampai nak ajak kawin...tetibe je tak rasa songsang ye aku ni....

Tak di nafikan yang aku pun memang suka tengok wanita-wanita cantik terutamanya yang bertudung..ayu je tengok..tak payah nak pakai tudung belit-belit tu semua..just simple, tapi sejuk mata memandang...

Adakah ini satu petanda yang aku akan berubah ??? terpikiaq jugak...tapi entah la...kalau pikir lama-lama jadi bengong kepala otak...sebab tu aku malas nak ambik benda ni sebagai benda yang serius...

Maybe perasaan suka terhadap perempuan yang aku ada sekarang ni sekadar suka biasa je...kalau betul la aku nak berubah, benda nih seharusnya lahir dari hati...bukan sebab semata-mata nak turutkan perasaan suka ni..contoh nya la, eh aku minat sangat dengan perempuan tu la..dia cantik, baik, sopan santun..aku rasa nak kenal dia dengan mendalam la....tak boleh macam ni...takut nanti di pengakhiran nya perubahan yang kita nak buat tu tak berkekalan...buat naya perempuan tu je...hujung-hujung jantan jugak yang aku kejar pulak nanti..


Macam kes aku sekarang ni...perasaan suka dekat doktor perempuan tu kadang-kadang membuak-buak..sampaikan aku selalu usya dia dari jauh...rumah pulak sebelah je...hahahaha...adakalanya pulak perasaan suka tu macam jatuh ke level yang biasa-biasa je...paham kan apa yang aku nak sampaikan...

Adakah mainan perasaan saja ni...buntu habaq hang dok pikiaq pasal ni...niat nak berubah tu ada..tapi..entah lah...kalau hangat-hangat taik kucing, baik tak payah nak berubah...

Member aku tau pasal benda ni...apa lagi galak la dia suruh aku ngayat doktor tu..dia memang dah lama nak tunggu siapa gerangan wanita yang berjaya menakluk hati aku ni....dia tak tau yang aku gay..sebab tu dia dok tanya, bila nak kahwin?? kenapa tak de teman wanita lagi ???

Aku tak marah kan dia yang terlalu busy body dengan urusan hidup aku..aku paham sebagai kawan dia sangat ambik berat pasal aku..walaupun kadang-kadang nak aje aku jerit kat telinga dia yang aku ni gay..so stop asking me about when i want to have girlfriend!!!!!!!!

Asal ada nurse baru je..mesti dok pulun suruh aku pi ngorat..gaya macam senang je nak pikat hati wanita ni.....petik jari sepuloh mari...gitu???

Btw kan...aku dapat rasakan yang anak buah aku macam dapat hidu kesongsangan hidup aku ni...harus aku hati-hati lepas ni...











17 comments:

  1. Hah biag btui hg nih, tpikan kira baguih la no klu ada skit prasaan kt ponpoan, 1st time pun tok kadi tnya lagutu jugak. Aku hrp hg kwen jugk nanti, xkan slamanya nk menggay kot,, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazzlee: betoiiiiii..abang Jazz pun dah happy je hidoppp sekarang ni lepas kawin ye... hihihihi...:)

      Delete
  2. Kadang-kadang perasaan itu ada tapi tak tetap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki seksi : see...kau pun ada juga rasa macam ni kan... :)

      Delete
  3. Kid, smlm saya ada dengar satu ceramah kat TV Alhijrah. Ada ustaz cakap.yang gay ni bukan sebab Allah jadikan dia gay, atau pun sejak lahir.dia gay tapi sebab syaitan.yang hasut dia.jadi gay dan dia pula terikut ikut dengan hasutan syaitan tu. Dia tak nak cuba lawan dan tak nak cuba berubah. Saya dapat rasakan doktor perempuan tu mungkin satu kiriman Allah untuk awak supaya awak berubah jadi lebih baik lepas ni. Mungkin Allah hantar dia sebab Allah tak nak tengok awak terus jadi gay. Allah tu kan Maha Penyayang Kid. Jadi, cuba lawan perasaan gay tu dan belajar cintakan perempuan. Tak semestinya dengan doktor.tu tapi.carilah perempuan.yang boleh faham diri kita. Kalau tak boleh juga, saya nasihatkan tak perlu kahwin tapi.sentiasa ikut segala sunnah.Nabi.dan jangan tinggal perintah Allah. Insha Allah...ada syurga untuk kita nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MNH : InsyaAllah...aku rasa bertuah sangat ade kawan macam kau ni...
      amin...moga berkat doa kau, aku akan berubah suatu hari nanti... :)..thanks a lot bro...

      Delete
  4. Kid, i think you shouldn't doubt the feeling. bila ada perasaan suka tu hadir, biarkan ia berkembang. memang, kadang-kadang perasaan tu datang dan pergi, tapi dari gaya nya kamu tulis ne, nampaknya macam betul. nasihat aku, cuba lah kenal2 doktor tu, kalau tak end up berpasangan pun, sekurang-kurangnya bertambah seorang lagi kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yusuf : hihihihi..tengok la macam mana..thanks bro..:)

      Delete
  5. aku ni each time bile berdua-duaan dengan mana2 member perempuan aku (kat public la), mesti kadang2 sedikit sebanyak akan lahir perasaan cinta kat dorang. rasa pelik gile perasaan tu. dan hati aku akan rasa perasaan yang sama juga bila berdua-duaan ngan mana-mana kawan lelaki...

    ReplyDelete
  6. waaahhh.. rusuk kiri dia dah bergetar!

    ReplyDelete
  7. Untunglah ! Mohon pergi ayat doktor tu !
    Bolehlah merasa nasi minyak nanti. Ekekekekkeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Unknown : tunggu nanti sampai la kad..hahaha

      Delete
  8. kirim salam kat doc tu ye. mesti comel! Hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ryc Z : dia dalam kategori cantik...ala2 perempuan melayu terakhir gitu...:)

      Delete
  9. Hai Kid..

    Hmm... awak ni baik lah..
    Macam mana ye... lelaki tertarik dgn perempuan & perempuan tertarik dgn lelaki tu memang fitrah manusia yg memang Tuhan yg mencipta kita tu bagi macam tu sejak dari azali lagi. Sama la untuk pokok kee. binatang ke.. ayam jantan suka ngan ayam betina dsbnya..

    So, saya tak terkejut mana2 lelaki str8 ke bengkok ke ada rasa tarikan dengan perempuan. Tahniah!!!
    Tu naksudnya anda memang diciptakan oleh Tuhan yg sama yg saya sembah;)

    peace;)

    ReplyDelete

Followers

World Clock